--> Skip to main content

Remaja Lelaki Cium Anak Nora Serta Ibunya Tampil Dalam Satu Video

Sebelum ini gempar satu Mlaysia dengan satu pengakuan yang telah dimaklumkan oleh Nora Ariffin berikutan video bercumbu yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan anak perempuannya Putri Nur Dahlia.

Pelbagai kecaman yang menghujani Nora dan anaknya susulan kejadian tersebut. Sebahagian netizen juga mempersoalkan mengapa remaja lelaki dalam video tersebut tidak membuat sebarang pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka.

Susulan kejadian itu, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan telah bersuara hari ini dengan mengatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video tersebut.

Namun, budak lelaki yang merupakan bekas kekasih anak Nora, telah tampil bersuara meminta maaf dan meminta orang ramai henti sebarkan videonya bersama anak Nora. Ibu kepada remaja terbabit yang dikenali sebagai Zuher turut meminta maaf keatas kesilapan anaknya itu.

Ibu kepada Zuher menyatakan anaknya masih muda dan telah melakukan kesilapan yang besar. Dia juaga meminta maaf kepada Nora Ariffin serta keluarganya diatas apa yang berlaku. Dia harap semua ini dijadikan pengajaran dan hentikan penyebaran video anaknya itu.

Remaja Lelaki terbabit minta maaf

Zuher Minta Maaf

Posted by Powerlicious on Friday, September 4, 2020

Sebelum ini, Instagram Nora Ariffin tiba-tiba dibanjiri komen netizen mengecam tindakannya sebagai ibu gara-gara satu video tular.Dalam video tersebut, seorang remaja perempuan dan lelaki dilihat bercium mulut di tempat awam. Setelah video tersebut tular, ramai netizen membuat spekulasi mengatakan remaja perempuan tersebut adalah anak Nora.Nora memberitahu dia sebagai ibu telah cuba untuk mendidik dan membimbing anaknya serta memberikan apa yang terbaik, namun sebagai manusia, manusia tak boleh lari dari kesalahan.

Ibu Zuher bersuara tentang isu terbabit

Ibu Zuher Minta Maaf

Posted by Powerlicious on Friday, September 4, 2020

Nora juga turut mendoakan agar anaknya dapat belajar dari kesalahan itu dan akan menjadi lebih baik di masa akan datang. Penyanyi ini turut meminta agar orang ramai memberikan dia dan keluarganya ruang buat masa sekarang.

"SAYA MERAYU …….."😌#ZUHER'sMUM Rt this untuk semuaa tengok🤗 pic.twitter.com/CMZ4pqLeHh

— BY @layincamelia_ (@Layincamelia1) September 5, 2020

Sejak beberapa hari lepas, video pasangan remaja sedang bercumbuan telah tular di media sosial. Paling mengejutkan apabila gadis yang berada dalam video tersebut merupakan anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin.

Enggan menafikan segala hal tersebut, Nora telah mengakui bahawa anak gadisnya terlibat dalam video itu dan memohon diberi ruang untuk mereka menyelesaikan masalah ini secara dalam keluarga sahaja.

Biar jadi pengajaran buat dia Dalam pada itu, abang kepada remaja perempuan tersebut turut telah mengeluarkan kenyataan di media sosialnya dengan memaklumkan bahawa perbuatan adiknya dan remaja lelaki itu sememangnya salah dan mengaibkan.

Namun begitu, dia meminta agar orang ramai menghentikan tohmahan kepada ibu kerana yang melakukan kesalahan tersebut adalah adik serta remaja lelakinya itu.

Akan jumpa keluarga lelaki Dalam perkongsian terbarunya, Syakir Iman memaklumkan bahawa mereka akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki dan akan menyelesaikan masalah ini agar tidak terus menular kerana bukan hanya satu video sahaja tetapi lebih daripada itu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami