--> Skip to main content

Rekod Itali lebur di tangan Bosnia

FLORENCE, Itali: Rekod deretan kemenangan terbaik Itali berakhir apabila mereka diikat 1-1 oleh Bosnia dan Herzegovina pada aksi pembukan Liga Negara-Negara UEFA.

Skuad kendalian Roberto Mancini memenangi 11 perlawanan sebelum aksi di stadium kosong Artemio Franchi di Florence, dengan kemenangan terakhir adalah 9-1 ke atas Armenia pada perlawanan kelayakan terakhir Euro 2020.

Stefano Sensi menyamakan kedudukan buat tuan rumah di babak kedua selepas penyerang Bosnia Edin Dzeko membuka jaringan dalam aksi Kumpulan 1 Liga A itu.

"Kami kecewa tidak menang, tetapi tidak ada ketajaman... deretan kemenangan kami pasti akan berakhir juga, dan kami lega ia diakhiri dengan keputusan seri dan bukan kekalahan," kata Mancini.

Itali akan bertandang ke Amsterdam Isnin ini, menentang Belanda yang menewaskan Poland 1-0 untuk menerajui kumpulan berkenaan.

- AFP