--> Skip to main content

“Rehatlah Abang Di Negara Abadi” -Ogy Luah Sedih Pemergian Idris Md Diah

Sharing is caring!

Minggu lepas sahaja industri hiburan tanah air sudah kehilangan dua bintang berharga, Allahyarhamah Sandra Dianne dan juga Allahyarham Zulkifli Zain. Hari ini, berita sedih itu kembali menyelubungi industri apabila dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon veteran, Idris Md Diah.

BACA: Pelakon Baru 7 Hari Mencintaiku Rasa Diri Melonjak Naik, Penerbit Titip Pesanan

Pelakon berkenaan cukup sinonim membawakan watak seorang ayah dan juga datuk. Menerusi laporan Kosmo, pelakon yang popular dengan watak 'Pak Andak' menerusi drama '7 Hari Mencintaiku 2' itu telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 pagi tadi di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Jasad Allahyarham dibawa ke Desa Jaya untuk disembahyangkan, serta bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum Zuhur nanti.

Turut terkesan dengan pemergian Allahyarham, pelakon veteran Ogy Ahmad Daud sempat memuat naik satu posting di laman Instagram. Seniwati berkenaan pernah bergandingan dengan pelakon lelaki berkenaan menerusi telefilem Bila Bulan Mengambang sekitar 1990-namun masih lagi berbekas di jiwa.

Menurutnya, pelakon lelaki berkenaan adalah antara insan disegani kerana sikap merendah diri yang dimiliki. Malah, rakannya itu juga tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan tunjuk ajar tenang dunia lakonan.

Sumber: Facebook Kosmo & Instagram Ogy Ahmad Daud

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!