--> Skip to main content

“Pernah Kata Enggan Teruskan Big Stage”- Rakan Dedah Keadaan Sebenar Sandra

Sharing is caring!

Setelah terlantar koma selama 6 hari akibat nahas jalan raya, penyanyi Sandra Dianne telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi. Rata-rata rakan artis serta keluarga telah mengucapkan takziah di laman media sosial mereka dan berkesempatan untuk menziarahi Allahyarhamah buat kali terakhir.

BACA: "Last Jumpa Sandra Time Kahwin" -Farah Nabilah Sempat DM Sepupu Tanya Khabar

Memetik laporan mStar Online, salah seorang rakan peserta 'Big Stage' 2020 iaitu Qody Rany tidak dapat menahan air mata apabila menziarahi Allahyarhamah Sandra buat kali terakhir. Malah, dia berasa semakin sebak apabila dimaklumkan Allahyarhamah Sandra sangat selesa berkawan dengannya sepanjang pertandingan.

Dalam pada itu, tenaga pengajar rancangan ini yang dikenali sebagai Cikgu Shafi turut mendedahkan pengakuan dibuat oleh Allahyarhamah Sandra minggu lalu. Dia pernah menyatakan hasratnya untuk tidak lagi meneruskan perjuangan di 'Big Stage' kerana sudah berasa penat. Bahkan sehari sebelum nahas, penyanyi berusia 26 tahun itu kelihatan sangat tidak bersemangat.

Selain Qody, penyanyi lagu 'Hantu Atau Buaya' iaitu Nana Sheme sempat menatap wajah Allahyarhamah Sandra buat kali terakhir serta menyifatkan keadaannya sebagai tenang, bersih dan cantik. Terang Nana, antara perkara yang bakal dirindukan adalah sikapnya suka menyanyi secara random di khalayak ramai.

Sumber: FB mStar Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!