--> Skip to main content

Pereka Baju Beritahu Mira Filzah Kesayangan Semua, Sekali Orang Ramai Berjemaah Masuk Komen

Kemeriahan majlis perkahwinan pelakon popular, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar masih dirasai sehingga kini.

Semenjak dua menjak ini, isu yang paling banyak diperkatakan netizen pastilah mengenai perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal iaitu Mira Filzah dan pasangannya, Wan Emir Astar yang telah bernikah pada 3 September lepas.

Dari konsep perkahwinan, busana pengantin, solekan muka dan tingkah laku 'sweet' pasangan tersebut sentiasa menjadi perhatian warganet di lama media sosial.

Digelar wedding of the year, antara perkara yang menjadi tumpuan ramai pastinya gaun pengantin yang disarung Mira Filzah oleh pereka fesyen terkenal negara.

Bagi mereka yang tak tahu, salinan pernikahan Mira Filzah direka khas oleh Rizman Ruzaini. 

Manakala gaun pengantin di resepsi pertamanya pula adalah daripada Fizi Woo.

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi ada berkongsi foto ketika pelakon Mira Filzah mengenakan busana pengantin hasil rekaannya.

Menerusi perkongsian berkenaan yang dimuat naik di Instagram, pereka berbakat besar itu antara lain menyifatkan Mira sebagai aktres kesayangan ramai.

"Kesayangan semua @mfmirafilzah dalam persalinan #ricorinaldi Garden Wedding #emiramirah," tulisnya.

Lantas, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian.

Ini kerana, ada di antara netizen yang berpendapat, figura tersebut bukanlah selebriti yang disayangi mereka.

Bagaimanapun, tidak dinafikan, Mira kini merupakan antara bintang terkenal yang cukup senang memberikan kerjasama dengan semua pihak.

Malah, ramai peminat serta rakan media yang turut menyenangi akan sikap toleransinya.

Terdahulu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amira Filzah baru sahaja melangsungkan majlis resepsi kedua di A Park, Puchong pada Ahad.

Sumber : MH/IGRico