--> Skip to main content

Peragut dpt hadiah “flying kick, Sekali Pegawai MBJB pun dapat hadiah

HERO MBJB BERKAS PERAGUT TERIMA PENGHARGAAN

JOHOR BAHRU – Pembantu Penguatkuasa yang diangkat sebagai wira oleh netizen kerana keberaniannya memberkas peragut baru-baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Sijil, wang, kenaikan pangkat

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 di MBJB.

Dalam satu rakaman video yang tular dalam media sosial, tindakan pantas Shazrin Hafeez dan orang awam berjaya menahan seorang peragut dalam satu kejadian jam 12.45 tengah hari di Taman Mount Austin, 1 September lalu.

Dalam kejadian itu, penjenayah tersebut yang menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa melintas jalan.

Mangsa yang ketakutan menjerit meminta bantuan sebelum disedari seorang penguat kuasa MBJB dan orang awam yang berusaha menahan suspek daripada melarikan diri.

Sijil penghargaan kepada Shazrin Hafeez disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud.

Pernah dapat jam dari Pelanggan

Susulan tindakan seorang pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Shazrin Hafeez Fadzlan menahan peragut baru-baru ini, dia dilaporkan menerima hadiah daripada orang awam berupa jam tangan ketika sedang berniaga burger di sebuah taman perumahan di Johor Jaya daripada salah seorang pelanggannya.

Bercerita lanjut mengenai pemberian hadiah tersebut, beliau menjelaskan tidak menyangka ada yang menghargai tindakannya itu.

Kredit : inforoadblock