--> Skip to main content

Pengacara Fedtri Yahya Kemal4ngan. Isteri Fedtri Update Keadaan Terkini

SELEBRITI yang juga pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya terlibat dalam kemal4ngan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Berita itu dikongsikan isterinya Nurul Anati Ismail menerusi satu status yang dimuat naik menggunakan akaun Instagram rasmi suaminya.

"Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalang4n dan selesai menjalani pembed4han malam tadi.

"Banyak keced3raan di muka – semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah.

"Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya," tulisnya.

Nurul Anati turut memuat naik gambar suaminya itu yang dilihat ada tampalan di dagu, mulut dan di keningnya.

KOMEN NETIZEN

@Ku Azlinda Ku Petra – "Innanillah .. Semoga dikurangkan kesakitan dan diberikan kesembuhan"

@Mansha Yusof – "Doa semoga cepat sembuh dan dipermudahan dlm segala urusan rawatan sehingga sembuh seperti sediakala.. Aamiin.."

@Zizi Adriana – "Semoga cepat sembuh,saya doakan pada semua yg membaca juga sentiasa dalam jagaan Allah,selamat pergi dan balik walau kemana anda pergi dengan tujuan yang baik.."

@Fatimah Yusof – "Ya .. Allah baru semalam tengok ditv.3 sabar ya fitri ramai yang doa kan awak selamat dan cepat semboh saperti dahulu amin"

Usahawan wanita guna perkataan ke3sat, Sekali Fedtri Yahya 'Back Up' Wanita Kedah

Jika sebelum ini rakyat Kelantan sering menjadi bahan cemuhan, terbaru wanita Kedah pula disebut-sebut warganet.

Ia berikutan video tular menunjukkan kelancangan usahawan wanita yang menggunakan perkataan ke3sat, baru-baru ini. Tindakannya itu mendapat kecaman ramai yang tidak senang gaya percakapannya yang kasar.

Malah, ada seorang pengguna Twitter menciap mengenainya dengan kapsyen "Sebab tu aku benci perempuan Kedah bebel".

Wanita itu merupakan individu sama yang membuat pendedahan dihalau dari sebuah restoran asam pedas popular di Melaka selepas melakukan siaran live untuk membuat ulasan produk.

Berbeza dengan pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya yang memandang dari sisi positif.

"Saya kenal ramai perempuan Kedah. Elok je. Tengok keimanan orang jugalah.

"Bukan kategori cakap satu ayat penuh bab* anak haram semua. Jenis ni tak tahulah nak cakap apa," ciapnya.

Kredit foto: Twitter

Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Tetapi, janganlah dipukul rata kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.

Sumber : ASTRO AWANI