--> Skip to main content

Penangan Wedding Of The Year, Ramai Abadikan Wallpaper Foto Kahwin Mira Filzah

Sharing is caring!

Meskipun majlis akad nikah serta 2 majlis resepsi telah berjalan lancar hujung minggu lalu, perkahwinan antara pelakon popular Mira Filzah dan Wan Emir Astar masih lagi jadi bualan netizen. Dari busana persalinan pengantin, konsep setiap majlis hinggalah babak-babak menyentuh hati yang tular di laman sosial, ramai pihak malah turut menyatakan bahawa pernikahan mereka sebagai 'Wedding of the Year 2020'.

BACA: Lelaki Jangan Takut Nak Mengurat, Ambil Pengajaran Kisah Cinta Mira Filzah

Penangan Wedding Of The Year, Ramai Abadikan Wallpaper Foto Kahwin Mira Filzah

Penangan Wedding Of The Year, Ramai Abadikan Wallpaper Foto Kahwin Mira Filzah

Penangan Wedding Of The Year, Ramai Abadikan Wallpaper Foto Kahwin Mira Filzah

Tak dinafikan bahawa ada beribu gambar kenangan merpati 2 sejoli tersebut yang telah dimuat naik oleh ahli keluarga, jurufoto serta tetamu ke laman sosial masing-masing. Malah ada yang turut gigih menjadikan visual daripada ketiga-tiga majlis indah pelakon 'Pujaan Hati Kanda' tersebut itu dalam bentuk ilustrasi. Meninjau beberapa perkongsian di laman Twitter seperti milik @meranjovfi ini, dia telah yang menyunting beberapa foto-foto menarik untuk dijadikan sebagai wallpaper di telefon pintar masing-masing.

Selamat bercinta hingga syurga. #emiramirah pic.twitter.com/PMxdukW4zj

— Meran (@meranjovfi) September 6, 2020

Ternyata kesemua hasil artworks kreatif tersebut telah mendapat banyak pujian daripada kalangan netizen. Malah ada yang turut berseloroh bahawa ia boleh dijadikan sebagai penawar kesedihan atau inspirasi untuk berkahwin dengan partner yang tepat suatu hari nanti.

Penangan Wedding Of The Year, Ramai Abadikan Wallpaper Foto Kahwin Mira Filzah

Penangan Wedding Of The Year, Ramai Abadikan Wallpaper Foto Kahwin Mira Filzah

Penangan Wedding Of The Year, Ramai Abadikan Wallpaper Foto Kahwin Mira Filzah

Sumber: Twitter meranjovfi & Astro Gempak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!