--> Skip to main content

Pelik kereta asyik kena saman speedtrap, semuanya mula terdedah

Tak tahan asyik kena saman speedtrap dan lain-lain saman tempat yang beliau tidak pernah kunjungi.Owner tulen Mazda dari Johor turun jejak kembarnya sampai dapat di Bangi.Road tax pun sama.

Kredit : Shidie Art Pelukis Rakyat

Bukan Kereta Klon

KUALA LUMPUR: Polis menafikan gambar tular di media sosial, mendakwa kereta jenis Mazda yang ditemui di kawasan parkir di Bangi, dekat Kajang adalah kenderaan klon.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kereta itu sebaliknya dilaporkan dicuri di Beserah, Kuantan.

"Kita ada terima laporan berhubung penemuan kereta itu di kawasan berkenaan.

"Polis akan menghantar kenderaan itu ke Kuantan selepas siasatan mendapati ia dicuri di sana.

"Setakat ini, tiada pemandu atau individu dikesan mencuri kereta terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial kononnya pemilik kereta tulen Mazda dari Johor berjaya menjejaki 'kembarnya' di Bangi. Kereta Mazda yang ditemui di parkir itu dikatakan kereta klon.