--> Skip to main content

PDRM Lagi Pantas, Adik 9 Tahun Pandu Kereta Dah Berjaya Dikesan. Ini Tindakan Yang Akan Diambil

REMBAU – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu sebuah kereta seperti yang tular di Facebook sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, usaha juga sedang dilakukan bagi mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.

"Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

"Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya," katanya kepada Sinar Harian.

Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.

Video berdurasi 0:45 saat yang dimuat naik semula oleh wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun berada di dalam sebuah kereta dan sedang duduk di kerusi bahagian pemandu.

Pantau anak anak sendiri.

Bahaya benarkan anak masih kecil bawah kereta.

Video seorang murid darjah tiga (9 tahun) sudah berani bawa kereta di jalan raya di Rembau, Negeri Sembilan. pic.twitter.com/P6OeXC9bt2

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 7, 2020

Menerusi video pendek yang dirakam, turut memperlihatkan seorang lelaki sedang menyapa kanak-kanak terbabit yang pada ketika itu sedang memberhentikan kenderaan yang dipandunya di tepi jalan.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai umur, kanak-kanak tersebut menjawab dia merupakan pelajar darjah 3 dan bersekolah di Bongek, Rembau, Negeri Sembilan. Namun, tidak lama selepas 'berbual', kanak-kanak itu telah memandu meninggalkan kawasan tersebut.

Dapat Dah

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak terbabit mendapat kebenaran untuk memandu kenderaan tersebut ataupun tidak.

Kenyataan Terkini IPD Rembau

Sumber : SinarHarian/IPDRembau