--> Skip to main content

PDRM Akhirnya Berjaya Kesan Bapa Kepada Budak Yang Bawa Lori, Ini Tindakan Yang Telah Dibuat

SEREMBAN – Selepas tular video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ibu Pejabat Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebook rasmi mereka memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah menerima satu laporan polis berhubung video yang tersebar tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap bapa kepada kanak-kanak tersebut kerana cuai membiarkan kanak-kanak itu memandu lori treler

"Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.

"Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bapa Telah Dijumpai

Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang tular di aplikasi WhatsApp kerana membenarkan anaknya berusia 11 tahun memandu treler, direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Budak bawa lori pulak. Semalam Rembau. Harini Rantau. Handa handa oghang noismilan ni pic.twitter.com/sJc0kCgpNu

— R_May (@mei_abas) September 8, 2020

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim, dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini, berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan semalam oleh anggota polis di Rantau, dekat sini.

Sumber : SinarHarian/HMetro