--> Skip to main content

Papan iklan mesti dalam bahasa Melayu.. – Annuar Musa

Papan iklan di Kuala Lumpur mesti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama, dengan bahasa lain dibenarkan sebagai sub-teks, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Beliau berkata demikian selepas sebuah papan iklan yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa utama diturvnkan semalam.

Papan iklan mesti menggunakan BAHASA KEBANGSAAN sbg Bahasa Utama.Bahasa lain boleh digunakan,tetapi hendaklah lebih kecil dari tulisan dlm Bahasa Kebangsaan.Tatabahasa hendaklah spt di luluskan DBP.PBT meluluskan permit tempat mengikut syarat syarat tertentu..

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 6, 2020

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), syarikat itu pada awalnya mengemukakan iklan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa utama sebelum diluluskan untuk pemasangan.

DBKL berkata syarikat itu kemudian menggunakan papan iklan berbahasa Cina, namun menvrunkan sendiri papan tersebut selepas menyedari "kesal4han" mereka.

Mengulas mengenai isu tersebut, Annuar berkata bahasa lain dibenarkan di papan iklan tetapi mesti lebih kecil daripada teks bahasa Melayu.

Foto: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Semalam, beliau berkata papan iklan di ibu negara mesti "memperk4sakan" bahasa Melayu.

Begitu juga, Naib Ketua Pemuda MCA Chua Hock Kuan yang berkata beliau telah diberi jam1nan oleh DBKL bahawa iklan dwibahasa tidak menjadi masalah.

"Bagaimanapun, Bahasa Malaysia mesti menjadi bahasa utama, untuk menghormati statusnya sebagai bahasa rasmi negara," kata Chua dalam satu kenyataan.

Sumber: Mkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.