--> Skip to main content

Palestin bidas keputusan Serbia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

RAMALLAH: Seorang pegawai kanan Palestin semalam membidas keputusan Serbia untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, menyifatkan tindakan itu sebagai menjadikan Palestin 'mangsa' kepada harapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk pemilihan semula.

"Palestin telah menjadi mangsa cita-cita pilihan raya Presiden Trump di mana pasukannya akan mengambil apa jua tindakan, tanpa mengambil kira betapa ia memusnahkan keamanan... demi mencapai pemilihan semula beliau pada November depan.

"Ini, sama seperti perjanjian Emiriah Arab Bersatu (UAE) - Israel (untuk menjalinkan hubungan diplomatik), bukan mengenai keamanan Timur Tengah," katanya melalui ciapan. - AFP