--> Skip to main content

Norzizi Zulkifli Ceritakan Petanda Dia Nampak Dua Hari Sebelum Pelakon Veteran Zulkifli Zain MeninggI

" Perginya kekasih hati. Ada lagi perjuangan yg harus ku lunaskan. Di sujud-sujud yg sunyi ku mohon Allah ampunkan segala dosa ayahanda.

" Sujud yang panjang biar hari yg bakal cerah ini memudahkan persemadian kekasih hati."

Itu hantaran dikongsikan pelakon dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli, 43, susulan pemergian ayahanda tercinta.

Norzizi berkata dia reda dengan pemergian bapanya yang juga pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain kerana sudah dapat membahagiakan Allahyarham ketika hayatnya.

Menurut Norzizi ketika ditemui, dia sentiasa berusaha menggembirakan bapanya dan sudah melaksanakan kehendak beliau sebaik mungkin.

" Kelmarin saya ada menghubungi bapa dan beritahu saya mungkin akan terima satu anugerah, Khamis ini.

" Dia selalu tanya bila akan terima anugerah itu dan bila akan terima anugerah itu.

" Saya akan terima Anugerah Akademik Universiti yang dihantar UiTM (Universiti Teknologi Mara) untuk kategori Seni dan Kreativiti.

" Sekiranya saya menang pun atas doa bapa juga. Bapa selalu cakap dia sudah doakan saya," katanya.

Menurutnya, Zulkifli juga mahu melihatnya bergelar Prof Madya.

" Dia selalu tanya sama ada saya sudah mohon atau belum kerana dia sudah doakan.

" Jadi apabila terpandang jnzahnya, saya berjanji akan melaksanakan impian itu. Ada beberapa kriteria perlu dipenuhi sebelum saya beroleh gelaran ini.

" Saya akan terus mendapatkannya bagi memenuhi cita-cita bapa," katanya.

Norzizi berkata, setiap Sabtu dia akan ke rumah ibu bapanya di Ukay Perdana, Ampang untuk menjaga Allahyarham.

" Saya beritahu berita baik itu semalam, tapi dia seperti tak beri apa-apa respon. Dia duduk diam sahaja atas kerusi roda.

" Saya agak kecewa dan tak terfikir pula dia sebenarnya sudah nak meninggI dnia," katanya.

Zizi berkata, bapanya adalah insan yang sering menyokong kerjayanya dan ingin melihat dia berjaya dalam karier.

Dua hari lalu dia seakan terdengar suara bapa memanggilnya.

" Sebelum ini bapa dan mama memang tinggal dengan saya di Denai Alam. Mereka duduk di tingkat bawah.

" Pagi semalam pun selepas solat Subuh saya dengar seperti suara bapa. Saya macam ingat dia panggil saya.

" Saya tidur di tingkat atas dan selalu 'bersedia' untuk dengar suaranya panggil saya tak kira walau tengah malam," katanya.

Menurutnya, dia terfikir apa yang berlaku adalah petanda bapanya akan pergi.

Sementara itu, jnzah Zulkifli selamat disemadikan di Tanah Perkvburan Islam Ukay Perdana pada jam 12 tengah hari.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah rakan artis antaranya Hail Amir, Datuk Yusof Haslam, Datuk M Nasir, Datuk Rosyam Nor, Wan Maimunah dan Eman Manan.