--> Skip to main content

Nampak Tenang, Mira Filzah Kongsi Gambaran Tema Untuk Majlis Resepsi Ketiga Hari Ini

Tahniah sekali lagi buat pasangan pengantin baru yang paling diperkatakan tahun ini, Wan Emir Astar dan Mira Filzah yang telah pun selamat menjayakan dua majlis iaitu majlis akad nikah serta majlis persandingan di Hotel Le Meridien, Putrajaya sebelum ini.

Manakala lagi satu majlis resepsi ketiga akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad ini.

Menerusi perkongsian dari instagram wanemiralzah, kelihatan seperti membawa konsep tema garden wedding bagi majlis resepsi ketiga tengahhari nanti.

Dalam instagram mira filzah juga ada memberitahu bahawa majlis hari ni akan di bawa secara crosslibe dari siaran melodi.

Nampak Sejuk Dan Tenang

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada Khamis.

Tak Putus Asa Cuba Banyak Kali

Suami kepada Mira Filzah, Wan Emir Astar mendedahkan pelawaannya telah ditolak beberapa kali oleh pelakon itu pada mulanya.

Menurut Emir meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk menawan hati  Mira , namun dia tidak pernah berputus asa.

"Saya mula sukakan Mira sejak 2016 dan ketika itu saya hanya cuba DM (mesej peribadi) dia di Instagram ,namun tidak pernah berbalas.

"Sampailah satu hari tu saya pasang niat saya mahu jadikan Mira sebagai isteri dan alhamdulilah dia balas.

"Saya sanggup kena 'rejected' dengan Mira banyak kali kerana sekurang-kurangnya saya tidak menyesal mencuba.

"Sampaikan saya pernah mesej ibu Mira sendiri kerana ketika itu saya fikir saya mahu mencuba sehabis mungkin dan tidak kisah pun dimalukan," katanya.

Emir dan Mira itu ditemui selepas majlis akad nikah mereka yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Mira memberitahu dia menerima Emir kerasa kesungguhannya.

"Saya boleh kata effort dia sangat tinggi dan melihat kesungguhan dia saya terpikat," katanya.

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi.

Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Sumber : Instagram/OM