--> Skip to main content

Nak Talbiah Budak Cium Anak Nora, Ini Yg Nourul Wahab Mahu buat Kalau Jumpa Budak Tu

Isu 'Anak Nora' mendapat perhatian ramai termasuk rakan selebriti. Terbaru, penyanyi Nourul Depp turut meluahkan pendapatnya berhubung isu itu.

Berdasarkan ulang kicaunya di Twitter, kelihatan Nourul menyalahkan remaja lelaki berkenaan dan memberi amaran kepadanya kerana mencium anak Nora Ariffin, Putri Nor Dahlia dalam satu video tular di media sosial, baru-baru ini.

"Jumpa Adik Ni, Auntie Sunatkan Sekali Lagi" – Nourul Depp

"Kalau auntie jumpa adik ni, auntie sunatkan lagi sekali. G4tal nak cium-cium anak dara orang.

"Tahulah handsome. Jangan nak gedik viral sangat. Mai sini auntie talbiah kat telinga tu."

Kredit foto: IG

Menerusi entri yang ditulis netizen, ada yang kurang senang apabila remaja lelaki terbabit terlepas daripada sebarang tindakan.

"Tak sekarang ni kenapa lelaki ni tak kena att4ck?! Why perempuan tu sorang je kena hadap?

"Nampakkan video tu siapa yang ambil langkah pertama dekatkan diri dengan siapa?

"Disebabkan ramai kenal perempuan tu, family perempuan tu bagai then tahu attack perempuan tu ja. Laki ni?" soal pengguna Twitter yang dikenali sebagai @mairachinnarat itu.

Pandangan itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan sehingga kini telah diulang kicau lebih 10,000 kali.

Walaupun Nora dan anaknya dihujani k3caman, segelintir netizen menyuarakan rasa tidak puas hati apabila remaja lelaki itu seolah-olah terlepas daripada melakukan kesalahan.

Namun, dia kemudian tampil membuat permohonan maaf kepada Nora sekeluarga serta keluarganya sendiri.

'Maafkan saya Puan Nora'

REMAJA lelaki yang terbabit merakam dan menularkan video bercium dengan Putri Nor Dahlia yang juga anak penyanyi Nora Ariffin, hari ini membuat permohonan maaf menerusi video pendek berdurasi 1 minit 2 saat di Twitter.

Remaja itu mengakui bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

"Assalamualaikum. Saya ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Puan Nora dan juga ahli keluarga saya.

"Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Puan Nora iaitu Putri (Putri Nor Dahlia) untuk dijadikan 'viral' (tular)," katanya.

Dia juga menyesal dengan tindakannya dan meminta warganet supaya berhenti menularkan video itu.

"Saya juga amat menyesali apa yang saya lakukan terhadapnya. Saya ingin meminta jasa baik warganet untuk hentikan penularan video itu.

"Akhir kata, saya ingin memohon maaf atas penularan video itu," katanya.

Beberapa hari lalu, tular klip video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dia dipaksa.

Beberapa jam selepas itu, Nora memuat naik kenyataan di Instagramnya, mengakui gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular itu memang anak perempuannya.

Mengakui terkilan dengan insiden yang berlaku, Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik puterinya menjadi insan berguna.

Semalam, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan, mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya bercumbu dengan remaja lelaki itu, ke muka pengadilan.