--> Skip to main content

Minta dengar balik makcik

Sejak semalam kecoh satu Malaysia apabila tular video di media sosial tentang seorang usahawan yang sedang membuat 'live' di dalam sebuah kedai makan ditengking oleh pemilik kedai tersebut.

Usahawan wanita terbabit, Eira Aziera yang juga dikatakan seorang influencer media sosial ketika itu sedang 'live' sambil dia memegang satu produk bersama beberapa rakan lain.

Ketika itu secara tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita dipercayai pemilik kedai makan itu memarahi Eira dengan memintanya tidak 'membuka' produknya.

Difahamkan ketika itu Eira berada di sebuah restoran popular, Restoren 35 di Melaka.

Video tersebut telah mendapat ratusan ribu jumlah tontonan dan ada yang mencecah lebih dari sejuta tontonan.

Menurut Eira dia telah dimaki pemilik Restoren tersebut dan sebab itu dia keluar restoran dan makan di restoran lain.

Di dalam video tersebut terdapat beberapa orang yang meninggalkan komen mengatakan makcik restoran tersebut tidak memaki hamun Eira.

Eira minta dengar semula video itu, lelaki ini tampil..

Disebabkan itu Eira meminta semua untuk melihat kembali video LIVE tersebut dan nilaikan sendiri.

Individu bernama Eryzal Edry mengikut saranan Eira Aziera dan melihat kembali LIVE tersebut dan ini komen beliau.

" Kawan-kawan aku tag dekat aku video ni dari semalam.. suruh tengok video ni.. tapi malam ni baru sempat tengok.

" Masa tengah tengok video ni, aku ada dengar tuan video sendiri cakap minta netizen ulang tengok balik video dia dan minta untuk menilai..

" Pengajaran dan Peringatan yang dapat hasil dari tengok video ni.. bila satu tahap kita dah berada diatas, bersikap lah merendah diri walaupun dah pusing satu malaysia.. jangan sombong jangan ego sampai buat diri rasa tercabar kalau kena tegur..

" Bila kita rasa diri kita hebat dan follower ramai.. kita lah yang akan rasa kita sentiasa betul. sampaikan melalui reaksi balas kita sendiri pun tak menjadikan kita betul.

" Kedudukan atau apa yang dimiliki sekarang bukan nya boleh berkekalan pun. dan siapalah kita boleh tau bila aj4I seseorang.

Lihat video dibawah yang telah disunting, selepas kjadian makcik kedai menengking Eira.

Jadi siapa salah sebenarnya? Jika anda mengikuti kisah viral ini, ramai yang mengatakan dua dua salah dan dua dua tiada kesabaran dan kurang adab.

Jadi kisah ini sebagai ikhtibar untuk kita lebih menjaga pertuturan. Tidak kira dari negeri mana anda datang, perkara adab ini tiada kena mengena dengan negeri dan ianya atas diri sendiri sahaja.

Admin harap isu ini dapat selesai dan lebih baik jika mereka berdua berjumpa dan bermaaf maafan sahaja.

Sumber : Facebook Eryzal Edry

Kredit to: AwatttSyeikhh Network (editor tersohor tanahair)