--> Skip to main content

Merdu & Penuh Emosi, Neeta Cover ‘Peluang Kedua’ Guna Earphone Lekat Botol Saja

Sharing is caring!

Seperti yang diketahui ramai, single 'Peluang Kedua' yang dipopularkan oleh Nabila Razali boleh dikatakan antara lagu yang cukup popular sepanjang tahun 2020 ini. Di sebalik kejadian suara 'terkucil' serta dakwaan tumpang populariti MK K-Clique dalam video muzik lagunya, bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini langsung tak mengendahkan semua kata-kata negatif tersebut sebaliknya bersyukur kerana ia menerima sambutan hangat.

BACA: [VIDEO] Tak Sangka Anuar Zain Bagi Semangat Cover 'Peluang Kedua', Gempak Habis

Merdu & Penuh Emosi, Neeta Cover 'Peluang Kedua' Guna Earphone Lekat Botol Saja

Antara artis yang terbaru membuat cover terhadap lagu viral tersebut adalah vokalis kumpulan iamNEETA iaitu Neeta Manishaa. Bakat suaranya yang cukup lunak memang tak perlu dinafikan lagi. Apa yang lebih menarik dalam video cover kali ini adalah penampilan istimewa kucing peliharaannya serta alat yang digunakan untuk menyanyi iaitu berbekalkan earphone sahaja. Menurut naib juara Big Stage Musim kedua ini, rakaman tersebut dibuat sebelum memperoleh mikrofon yang ditempahnya dan masih belajar untuk adjust settings serta kualiti suara dalam penghasilan video.

Uploading this tomorrowweew😝 pic.twitter.com/PHjtYcwxAb

— neeets (@neetamanis_) September 3, 2020

Tanpa disangka-sangka, potongan video yang berdurasi cuma 36 saat itu telah berjaya meraih lebih 20 ribu retweets setakat ini. Selain memuji vokal mantapnya meskipun nyanyi dalam keadaan bersahaja, netizen turut terhibur apabila babak gelagatnya bersama kucing tersebut seolah-olah tepat dengan lirik lagu berkenaan.

Merdu & Penuh Emosi, Neeta Cover 'Peluang Kedua' Guna Earphone Lekat Botol Saja

Merdu & Penuh Emosi, Neeta Cover 'Peluang Kedua' Guna Earphone Lekat Botol Saja

Merdu & Penuh Emosi, Neeta Cover 'Peluang Kedua' Guna Earphone Lekat Botol Saja

Sumber: YouTube & Twitter neetamanis_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!