--> Skip to main content

Merdu Nyanyi Di Wedding Mira Filzah, Naim Daniel Touching Lihat Apa Dibuat Emir

Sharing is caring!

Bertemakan 'wedding garden', resepsi perkahwinan kedua Mira Filzah semalam sekali lagi meraih perhatian para peminat. Anggun sepadan mengenakan busana berona soft blue, majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai tetamu termasuklah rakan artis dunia hiburan tempatan. Tidak ketinggalan, Naim Daniel turut diberikan kepercayaan untuk membuat persembahan nyanyian istimewa di acara bermakna tersebut.

BACA : Lelaki Jangan Takut Nak Mengurat, Ambil Pengajaran Kisah Cinta Mira Filzah

Merdu Nyanyi Di Wedding Mira Filzah, Naim Daniel Touching Lihat Apa Dibuat Emir

Dengan alunan suara yang cukup lunak, penyanyi berusia 22 tahun ini telah mendendangkan lagu berjudul 'Seribu Tahun'. Bersaksikan ramai tetamu yang datang bertandang, Naim Daniel sempat melihat moment yang menyentuh hati setelah dia memandang ke arah pengantin baru tersebut. Katanya, Wan Emir Astar dilihat memegang erat tangan Mira Filzah tatkala penyanyi berkenaan sedang menyanyikan lirik "jangan putus harapan, sedia setia".

Seolah-olah menjadi simbolik kekuatan dan kesetiaan cinta mereka dalam gerbang perkahwinan baru, Naim juga mendoakan yang terbaik buat Mira serta suaminya. Selain itu, dia turut berterima kasih dan sangat menghargai peluang untuk menyanyi di majlis mereka. Mendapat sebanyak lebih 700 ribu tontonan sejak dikongsikan ke Instagram, ramai yang terpesona dengan kelunakan suara pelantun lagu 'Sumpah' ini termasuklah penyanyi asalnya, Imran Ajmain.

Merdu Nyanyi Di Wedding Mira Filzah, Naim Daniel Touching Lihat Apa Dibuat Emir

Merdu Nyanyi Di Wedding Mira Filzah, Naim Daniel Touching Lihat Apa Dibuat Emir

Merdu Nyanyi Di Wedding Mira Filzah, Naim Daniel Touching Lihat Apa Dibuat Emir

Merdu Nyanyi Di Wedding Mira Filzah, Naim Daniel Touching Lihat Apa Dibuat Emir

Sumber : Instagram Naim Daniel

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!