--> Skip to main content

Memori Nasi Goreng Kicap, Suami Sebak Terkenang Suapan Terakhir Isteri Pertama

Sharing is caring!

Pelik tapi benar, air tangan insan tercinta semestinya rasa lebih sedap jika dibandingkan dengan masakan orang lain. Meskipun tak pernah masuk kelas memasak atau belajar dengan chef terkemuka, tapi masakan seorang isteri biasanya boleh dibezakan oleh anak-anak dan suami. Malah perkara itulah yang sentiasa terngiang-ngiang di fikiran apabila sudah menghembuskan nafas terakhir nanti.

BACA: Isteri Ada Breast Cancer, Suami Tak Bagi 'Buang' Sebab Nanti Dah Tak Cantik

Menerusi group Facebook Masak Apa Hari Ni, saudara Ariff Budiman Zainal Abidin menceritakan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Isterinya baru sahaja dibawa berjumpa doktor mengenai jahitan kecederaan yang terbuka semula kerana terkena pemijak wheel chair. Meskipun ada banyak mulut negatif yang bercerita buruk terhadap mereka, namun mujurlah doktor telah memberikan rawatan yang sewajarnya.

Memori Nasi Goreng Kicap, Suami Sebak Terkenang Suapan Terakhir Isteri Pertama

Memori Nasi Goreng Kicap, Suami Sebak Terkenang Suapan Terakhir Isteri Pertama

Pagi berikutnya pula, isterinya mula berselera untuk makan dan minta Ariff menyediakan juadah nasi goreng kicap. Bagaimanapun, Ariff tiba-tiba terkenangkan Allahyarhamah Siti Aishah iaitu isteri pertamanya yang telah pergi selamanya 11 tahun lepas. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Siti Aishah sempat meminta suaminya masakkan nasi goreng juga dan itulah kenangan terakhir mereka bersama.

Memori Nasi Goreng Kicap, Suami Sebak Terkenang Suapan Terakhir Isteri Pertama

Memori Nasi Goreng Kicap, Suami Sebak Terkenang Suapan Terakhir Isteri Pertama

Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin via FB Masak Apa Hari Ni

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!