--> Skip to main content

Memang Sama, Tak Sampai 24 Jam Video Parodi Adik Naura Lebih 120 Ribu Tontonan

Siapa masih ingat adik comel Che Naura Auni yang sebelum ini pernah tular kerana gaya dan miripnya seperti Neelofa.

Malah dia turut dijemput program rancangan Meletop untuk bertemu selebriti itu sendiri.

Terbaru, video parodi Naura bersama seorang lagi pelakon cilik, Adam Ghadafi sekali lagi mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kecomelan dua kanak-kanak cilik ini. Sebiji macam Nabila Razali.

Comelnya!

Video parodi lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dengan penampilan khas, MK K-Clique itu dilakonkan kembali oleh adik Naura dan Adam.

Rata-rata memuji kecomelan mereka berdua yang dilihat serasi. Video yang dimuat naik di Youtube jam 5 petang semalam mula menerima respon positif dari orang ramai.

Memang comel sungguh adik Naura melakonkan babak seperti yang dilakukan oleh Nabila dalam video muzik asal lagu tersebut. Memang pandai betul berlakon seperti penyanyi asal.

90% sama dengan video asal

Boleh dikatakan video yang dikeluarkan oleh produksi Mask Team ini 90% sama dengan video asal lagu Peluang Kedua. Setiap babak diambil dengan teliti dan kedua-dua kanak-kanak cilik ini berjaya melakonkan aksi Nabila Razali dan MK K-Clique dengan baik.

Satu pujian buat team produksi ini kerana pandai memilih watak serta lokasi penggambaran yang dilihat seakan sama.

Gaya macam Neelofa Jelingan maut

Sebelum ini penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila muzik video Peluang Kedua telah mencapai tontonan sebanyak 10 juta.

Jumlah berkenaan diperoleh hanya dalam masa dua minggu selepas ia dimuat naik di YouTube.

Berita gembira itu turut dikongsi Nabila atau lebih mesra disapa Bella di sebuah entri di Instagramnya.

"Alhamdulillah syukur, 10 MILLION views dalam masa dua minggu.

"Ini semua hasil kerja keras team produksi yang menjayakan Music Video ni. You know who you are.  

"Bagi Bella kejayaan ni merupakan kejayaan mereka semua. Tanpa penat lelah mereka, mungkin Music Video ini hanya jadi angan-angan Bella je.

"Tidak dilupakan MK K-Clique untuk penampilan yang cukup cemerlang," katnnya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menonton video di sebalik tabir pembikinan muzik video Peluang Kedua di YouTube rasmi Nabila Razali.

"Kalau nak tahu siapa orang penting yang bagi letop MV ni, korang kene tengok Behind The Scene MV Peluang Kedua di YouTube Channel Nabila Razali Entertainment tepat jam 11 malam ni," katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata terkejut apabila jumlah tontonan tersebut sangat tinggi memandangkan ia baru dimuat naik dua minggu lalu. 

Sumber : OhBulan/AstroGempak