--> Skip to main content

Mbappe selamat maruah juara dunia

SOLNA, Sweden: Kylian Mbappe menyempurnakan satu-satunya percubaan tepat Perancis untuk kemenangan 1-0 juara dunia itu ke atas Sweden dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA.

Mbappe melepasi dua pertahanan, menanti penjaga gol Robin Olsen terjatuh dan kemudian melambung bola masuk ke dalam gawang dari sudut sukar untuk gol tunggal perlawanan pembukaan Kumpulan 3 Liga A.

"Ia perlawanan bersungguh-sungguh, bukan perlawanan yang hebat. Perlawanan permulaan yang bagus, memandangkan tahap kecergasan," kata pengendali Perancis Didier Deschamps.

Antoine Griezmann mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti selepas Anthony Martial dijatuhkan, tetapi sepakan penyerang Barcelona itu tersasar.

Perancis akan berdepan Croatia - ulangan final Piala Dunia 2018 - di Stade de France pada Selasa manakala Sweden akan bertemu juara bertahan Portugal di Solna. - AFP