--> Skip to main content

Malu Influencer Hina Bentuk Badan Sampai Jadi Viral, Wanita Buat Report Polis

Sharing is caring!

Gara-gara 2 insiden yang tular sejak beberapa hari lepas, Instafamous dan pengasas produk Eira Aziera telah mendapat kecaman yang hebat di laman sosial. Dalam sebuah video permohonan maaf sebelum ini, Eira mengakui insiden tersebut berlaku susulan gagal mengawal emosi dan menjaga tutur hingga menyebabkan ramai pihak tersinggung.

BACA: Kesal Lontar Kata-Kata Kesat, Usahawan Viral Tampil Buat Permohonan Maaf..

Malu Influencer Hina Bentuk Badan Sampai Jadi Viral, Wanita Buat Report Polis

Terbaru, seorang wanita bernama Suharnizan Md Sidek telah membuat laporan polis susulan dakwaan influencer media sosial tersebut telah menghina bentuk fizikalnya menerusi sebuah sesi Facebook Live. Wanita berusia 37 tahun itu mendakwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan foto diri bersama anaknya tanpa kebenaran. Selain rakaman telah viral di seluruh platform media sosial, Suharnizan turut mendakwa ada pihak tak bertanggungjawab mengambil kesempatan gunakan gambarnya bagi mencipta akaun dan Facebook page palsu pula.

Malu Influencer Hina Bentuk Badan Sampai Jadi Viral, Wanita Buat Report Polis

Malu Influencer Hina Bentuk Badan Sampai Jadi Viral, Wanita Buat Report Polis

Ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Johor Bahru Selatan semalam, Suharnizan mengaku telah menghidap kemurungan susulan gangguan daripada pelbagai pihak. Justeru dia telah mendapatkan nasihat peguam dan sudah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti itu, yang merangkumi permohonan maaf terbuka, membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 2 minggu. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara kurang setahun, denda tidak lebih RM50 ribu atau kedua-duanya sekali.

Malu Influencer Hina Bentuk Badan Sampai Jadi Viral, Wanita Buat Report Polis

Malu Influencer Hina Bentuk Badan Sampai Jadi Viral, Wanita Buat Report Polis Kredit foto: BH Online

Sumber: BH Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!