--> Skip to main content

‘MAKlAN yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit’. Adakah boleh selesai di luar mahkamah, peguam Suharnizan keluar kenyataan ini

Johor Bahru: Laporan polis dan tindakan undang-undang yang diambil susulan wanita mendakwa dihina personaliti media sosial (influencer) terhadap bentuk fizikalnya menerusi Facebook (FB) secara langsung bertujuan memberi pengajaran.

Peguam bagi pihak Suharnizan Md Sidek, iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat 'influencer' itu, namun isu 'b0dy sh4ming' boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Perkara ini perlu dijadikan pengajaran terutama kepada sesiapa saja di media sosial yang melakukannya.

Jangan selamba cakap, perlu berfikir dulu sebelum mengatakan sesuatu di laman sosial sebab undang-undang itu ada. Perkara ini memberi kesan kepada mangsa.

BOLEH SELESAI DI LUAR MAHKAMAH TAPI DENGAN SYARAT

"Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui FB, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit.

Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.

"Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau 'make an offer' untuk kita selesaikan luar mahkamah. Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah," katanya.

Mohd Rasheed berkata, pada masa sama, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.

"Terdapat juga akaun FB palsu yang tiada authorized dari pihak Suharniza. Saya takut ada orang mengaut keuntungan atas kesedihan anak guam saya," katanya.

Terdahulu, Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, semalam, susulan video tular isu 'b0dy shamlng' yang menerusi FB secara langsung dari seorang personaliti media sosial.

Insiden berlaku pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen 'live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?' menerusi video secara 'live' yang dikongsikan rakannya di FB.

Kemudiannya, personaliti terbabit mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambar dan anaknya tanpa pengetahuan serta kebenaran selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.

Pada 14 September, pihak Suharnizan dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuatnaik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama 'Makcik Bawang Channel' dan 'Makcik Kiah Channel' dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghina rupa fizikalnya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen.

Sumber : HMETRO ONLINE