--> Skip to main content

LRA SSP 1,2,3 mula beroperasi malam tadi

SHAH ALAM : Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 sudah mula beroperasi secara berperingkat sejak jam 10.30 malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

"Saya menerima makluman bahawa LRA SSP 1 2 dan 3 sudah mula beroperasi secara berperingkat bermula jam 10.30 malam.

"Pihak loji akan melaksanakan aktiviti pencucian dan 'flushing' pada proses rawatan terbabit serta memantau kualiti air terawat bagi mengelakkan sebarang impak pada pihak pengguna," katanya.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 1,292 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

Penutupan LRA terbabit disebabkan berlaku pencemaran air mentah disyaki berpunca daripada tindakan premis perindustrian di kawasan Sungai Gong yang melepaskan sisa seakan pelarut ke sungai.