--> Skip to main content

Lepas sah bergelar suami, Emir Astar titip kata2 cinta buat Mira. Boleh cair dengar suara

Selepas hampir mengenali hati budi masing-masing, pelakon cantik, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar selamat diijab kabul.

Bapa perempuan nikahkan sendiri

Mira yang dinikahkan sendiri oleh bapanya telah menerima mas kahwin seutas gelang tangan serta hantaran yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Sekali lafaz sah bergelar isteri

Mira dan Wan Emir yang segak mengenakan busana berona putih dilihat begitu secocok. Dengan sekali lafaz sahaja, Mira sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan hati.

Majlis pernikahan tersebut dibuat di Sime Darby Convention Centre dan telah dipancarkan secara langsung menerusi YouTube TV3 yang bertindak menjadi penyiar rasmi majlis perkahwinan pengacara Nona tersebut.

Cantiknya Mira Filzah! Boleh cair dengar suara Wan Emir Astar titip kata-kata cinta… sweet!

Reaksi dari netizan

"Wan Emir sangat berbudi bahasa. Tutur kata pun elok. Kalau tgk caption dia di ig pun semua cantik je bahasa penuh dengan tersirat dan tersurat. Walaupun at first Mira Filzah cakap dia ni boring. Hahaha. Tapi tulah jodoh tak salah alamat. Padan sangat pasangan ni. Tahniah to Datin Mastura dan Almarhum suaminya pandai didik anak anak lelaki mereka dgn baik. Begitu juga ibu dan ayah Mira filzah. Selamat pengantin baru Wan Emir dan Mira Filzah.

"ya Allah hai 2,2 cakap polite n lemah lembut… n serius apa yg Emir ni cite buat aku pun rasa indahnya sebuah cinta sampai dia dpat rasa dr hati kan? nampak seiras la dorg harap jodoh berpanjangan hingga ke Jannah… bila pulak aku nk rasa cinta dr hati sampai ke jinjang pelamin camni… mana nk cari yg x giveup cam Emir ni? even kene reject byak kali keep DM keep ajak jumpa… n 1st dia nk kenal dia da niat nk kawin sbb tu Allah bantu…. Alhamdullilah moga dia dpat bimbing MF sampai ke syurga

Berikut pula Video Montaj Istimewa Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir

Kenali Wan Emir Astar, jejaka hitam manis berkumis nipis

Nama tunang kepada Mira iaitu Wan Emir turut menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial yang beranggapan jejaka itu sangat bertuah kerana bakal memiliki aktres kesayangan ramai tersebut.

Ini 10 fakta mengenai Wan Emir dan hubungannya dengan Mira Filzah!

1. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

2. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.

3. Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Emir (kanan) mempunyai tiga orang adik lelaki.

4. Arwah bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas.

5. Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang politik dengan membantu ibunya berkempen.

6. Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terputus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

7. Khabar angin yang mengatakan Mira sudah dirisik Emir dan bakal berkahwin pada Oktober depan mula berterbangan sejak beberapa bulan lalu.

8. Lebih menguatkan spekulasi mengenai hubungan itu apabila Mira dan Emir hadir buat kali pertama di khalayak umum ketika di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila pada Januari lalu.

9. Menerusi laporan mStar pada 16 Julai lalu, Mira akhirnya mengakui dia sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi namun belum bersedia berkongsi info lanjut mengenai perkara itu.

10. Kalau nak tahu, Mira Filzah juga bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa yang berkahwin dengan adik kepada Emir iaitu Wan Imar Izzat.

'Minta Maaf Andai Ada Yang Tak Suka, Tidak Senang Pada Mira' – Mira Filzah

Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati, Wan Emir Astar malam ini. Kata Mira, dia perlu mempercepatkan majlis perkahwinan berikutan kakaknya yang menetap di New York tidak dapat berada lama di Malaysia.

Artikel berkaitan : 'Saya Beritahu Emak Mahu Berkahwin Dengan Emir, Namun Dia Masih Belum Melamar Saya' – Mira Filzah

Terbaru, Mira memuat naik ucapan terakhir sebelum sah bergelar isteri malam ini. Mira turut memohon maaf dan memaklumkan majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Mohon maaf

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf. InshaAllah I'll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Tambah Mira lagi, malam ini bermulalah fasa baharu di dalam hidupnya jadi dia mahu meminta maaf seandainya ada pihak yang terluka atau berasa tidak senang dengannya.

Mira turut memohon doa orang ramai agar majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Rasmi Sekitar Majlis Pernikahan Mira Filzah & Wan Emir

Majlis dibuat kecil-kecilan

Sekali lagi, andai ada yang bertanya, setiap majlis diadakan secara kecilan, hanya 200 – 250 tetamu sahaja yang dijemput. Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetamu lebih ramai. Risau, takut ada sedara mara atau kawan kawan yang terasa. Harap klarifikasi disini menjelaskan semuanya.

Kepada @miraclegacy_, inshaAllah, bila keadaan sudah lebih baik dan selamat untuk semua, Mira akan raikan bersama kalian semua. Terima kasih atas segala kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Love each and every one of you.

Doakan agar Mira dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya, seorang muslimah yang lebih baik, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu (in future, inshaAllah) yang baik.

#emiramirah

Jelas Mira lagi, majlis akad nikah malam ini dilakukan secara kecil-kecilan dan jemputan sekitar 200-250 orang sahaja. Jika keadaan sudah baik, dia akan menganjurkan satu lagi majlis khas untuk meraikan hari bersejarah ini bersama para peminat.