--> Skip to main content

Lelaki Ada 4 Isteri Tergamak ‘Makan’ Anaknya Sendiri, ‘Kantoi’ Lepas 4 Tahun

Sharing is caring!

Pilihan untuk memiliki ramai isteri adalah terpulang mengikut aspek kesungguhan dan kemampuan seseorang lelaki itu. Namun tahukah anda, memiliki lebih daripada seorang suri hati bukanlah jaminan penuh bahawa sesebuah rumah tangga akan menggapai bahagia berpanjangan. Seperti kejadian yang berlaku di Indonesia ini, seorang lelaki tergamak menjadikan zuriat tirinya sebagai tempat melampiaskan nafsu tanpa belas kasihan persis peribahasa 'haruan makan anak'.

BACA : Lepas Bersalin Haid Sampai 3 Bulan, Suami Lafaz Talak Keinginan Bersama Dinafi

Difahamkan, lelaki yang berusia 58 tahun terbabit sudah melakukan perbuatan jijik itu selama 4 tahun berturut-turut. Menyimpan trauma yang cukup lama iaitu sejak dirinya berusia 8 tahun lagi, belang si ayah terbongkar setelah dia memberanikan diri menceritakan hal sebenar kepada ibu saudaranya. Difahamkan juga, kanak-kanak tidak berdosa berkenaan merupakan anak tiri kepada isteri ke-4.

Lelaki Ada 4 Isteri Tergamak 'Makan' Anaknya Sendiri, 'Kantoi' Lepas 4 Tahun

Lelaki Ada 4 Isteri Tergamak 'Makan' Anaknya Sendiri, 'Kantoi' Lepas 4 Tahun Gambar sekadar hiasan

Sewaktu si ayah sedang melakukan kerja jahat, dia sering menakut-nakutkan kanak-kanak tersebut dengan ancaman melibatkan nyawa selain bakal berpisah dengan ibunya. Terkejut dengan segala pembongkaran, mereka sekeluarga nekad membuat laporan kepada pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, lelaki itu membuat penafian sekeras-kerasnya dan menegaskan kononnya jenayahnya hanya dibuat bermula bulan Mei hingga Ogos tahun ini sahaja.

Lelaki Ada 4 Isteri Tergamak 'Makan' Anaknya Sendiri, 'Kantoi' Lepas 4 Tahun Gambar sekadar hiasan

Sumber : Portal Tribunnews

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!