--> Skip to main content

“Last Jumpa Sandra Time Kahwin” -Farah Nabilah Sempat DM Sepupu Tanya Khabar

Sharing is caring!

Berita pemergian salah seorang peserta rancangan Big Stage 2020, Sandra Dianne telah mengejutkan dunia hiburan tanah air. Pelantun lagu 'Hey Kau' itu disahkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.20 pagi tadi setelah hampir 6 hari bertarung di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.

BACA: "Tak Sangka Ni Last Aku Dengar"-Sandra Dianne Sempat Hantar Voice Note Terakhir

Berita sedih itu turut memberi kesan kepada sepupunya iaitu pelakon Farah Nabilah yang popular dengan drama 'Cik Reen & Encik Ngok Ngek'. Menerusi laporan Gempak, Farah hanya sempat berjumpa kali terakhir pada majlis perkahwinannya Disember tahun lalu. Selepas itu, mereka terpisah kerana Sandra perlu pulang ke kampung halaman di Sabah.

Walau bagaimanapun, pelakon berkenaan sempat beberapa kali berhubung dengan sepupunya itu untuk bertanyakan khabar menerusi Instagram. Malah dia juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada penyanyi berkenaan yang telah pun terpilih menyertai rancangan realiti tersebut waktu itu.

Memandangkan pelakon tersebut tidak dibenarkan masuk ke unit rawatan rapi (ICU) untuk berjumpa, namun dia tetap menerima gambar dan juga perkembangan tentang Allahyarhamah menerusi kiriman Whatsapp daripada ahli keluarga.

Sumber: Facebook Gempak 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!