--> Skip to main content

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Sharing is caring!

Tatkala seluruh dunia diuji musibah COVID-19, sebenarnya banyak pihak terdesak mendapatkan wang demi kelangsungan hidup. Ekoran itu, kadar jenayah di sesetengah lokasi makin meningkat. Namun begitu, sebuah rompakan yang berlaku di India baru-baru ini nyata agak pelik daripada modus operandi jenayah yang kita sering dengarkan.

BACA: Kencing Dalam Botol Hand Sanitizer, Pelajar Lelaki Tergamak 'Pedajal' Cikgu

Satu rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai emas telah menjadi tular. Kejadian yang berlaku beberapa hari lalu itu menyaksikan 3 orang lelaki telah bertindak merompak premis berkenaan pada siang hari. Beberapa barang kemas juga dilihat telah diambil dan semuanya berlaku cuma dalam masa beberapa saat sahaja.

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila kesemua suspek dilihat mematuhi SOP sebelum melakukan kegiatan jenayah terbabit. Mereka bukan saja dilihat memakai pelitup muka, malah siap basuh tangan masing-maisng dengan hand sanitizer yang disediakan oleh premis berkenaan.

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Rakaman berdurasi 35 saat itu turut menjadi tular di laman Twitter. Rata-rata netizen sempat berseloroh kononnya mereka lebih pentingkan SOP daripada dikenakan hukuman penjara. Tidak cukup dengan itu, ada juga berpendapat situasi ini bagaikan sebuah babak dalam filem komedi.

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Lagi Takutkan COVID-19 Dari Penjara, 3 Lelaki Sanitize Tangan Sebelum Merompak

Sumber: india.com, Twitter Alok Pandey

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!