--> Skip to main content

Lagi Kes Majlis Kahwin, Pejabat Kesihatan Cari Semua Yang Terlibat Minta Datang Buat Saringan C0vid 19

TAWAU: Pejabat Kesihatan Tawau meminta semua tetamu yang hadir majlis perkahwinan di Banyan Drive, dekat sini pada 31 Ogos lalu untuk tampil menjalani ujian saringan C0v 19.

Menerusi kenyataan dikongsi dalam akaun rasmi Facebook pejabat kesihatan berkenaan, individu atau mereka terbabit dalam majlis itu diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dengan segera.

Perhatian Untuk Semua Yang Terlibat

"Semua jemputan dan yang pernah terlibat dalam majlis perkahwinan di Banyan Drive pada 31 Ogos 2020 (Isnin)

"Sila hubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau seperti infografik di bawah pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.

"Kerjasama anda semua dapat membantu dalam memutuskan rantaian C0v 19," menurut kenyataan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini melaporkan Sabah terus mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 31 kes.

Ia membabitkan 22 kes dalam Kluster Benteng Lahad Datu, empat warga emas yang dikesan ketika saringan di klinik kesihatan, dua kes saringan di pusat kuarantin dan masing-masing satu kes saringan petugas kesihatan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat.

Diminta Hubungi Talian Seperti Di Bawah

Admin berharap agar semua yang terlibat memberi kerjasama yang baik pada petugas kesihatan kita untuk hadir dan tampil untuk saringan tersebut bagi memudahkan urusan kenal pasti.

Sumber : HMetro, PejabatKesihatanKawasanTawau