--> Skip to main content

KPKT laksanakan 9,838 operasi sanitasi awam

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan sembilan operasi sanitasi awam COVID-19 meliputi tiga Zon Kuning dan enam Zon Hijau, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi ini membabitkan lima negeri antaranya masing-masing dua sanitasi di Pulau Pinang, Melaka, Sabah, manakala masing-masing satu di Sarawak, Pahang dan Putrajaya.

Ismail Sabri berkata, sejak 30 Mac lalu KPKT melakukan 9,838 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.

Katanya, sebanyak 12,964 premis disanitasi terdiri daripada 2,706 pusat perniagaan; 5,702 bangunan kerajaan; 1,596 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,606 tempat awam dan 354 pasar raya.

"Operasi itu membabitkan 33 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 92 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan enam jentera JBPM, " katanya dalam kenyataan media hari ini.