--> Skip to main content

Kiri Kanan Eira Diserbu Dari Artis Sehingga Orang Ramai, Akhirnya Beliau Tampil Beri Pesanan Ini Pada Semua

Dari minggu lepas sehingga ke hari ini, kisah influencer eira masih lagi hangat diperkatakan orang ramai.

Dari isu di restoran 35 yang dikatakan tak boleh buat live review sehingga ada artis yang mempersoalkan kenapa mesti buat review di restoran kedai makan sehinggalah video yang menggunakan kata kata kasar kepada seseorang.

Semalam admin sempat lihat video live dari beliau mengatakan tak perlu bergaduh sesama sendiri sebab kes tersebut antara dia dengan orang di sana sahaja.

Rujuk Pada Minit 45 Di FB Eira

Hampa nak tulih ampa pi mampuih dekat ampa, itu hak ampa. Jangan kata ampa mengata aku tak berdosa. nak kata apa kata, nak hina tulis selagi boleh tulis.

Sebab eira ampa tulis pun eira tak baca, ampa yang tengok aku, aku tak tengok ampa kan..sedih.

Terpulang, ampa kata kat orang ni kata kat aku, aku tak baca so tak terasa, ampa jangan risau eira bukan jenis yang ambik point point.

Kita kalau memang jenis suka cari gaduh, orang kata kita fight..no, tak payah kita biar orang nak kata apa, kata, yang kenai..kenai..yang tak kenai sudah, senang cerita betui dak. Kita tak boleh paksa semua orang suka kita, suka tengok tak suka blah,gitu.

Its ok takdak apa pun, ampa tu pulak jangan kerana orang ampa bergaduh sesama ampa pulak, tak baguih. orait. ampa tak buat apa, gaduh kesian kat ampa, jangan camtu naa.

Eira senang ja yang kutuk tu, kecam eira delete. sebab apa delete eira tak mau umat islam sama umat islam bergaduh. itu prinsip eira. Eira kalau batu api eira biaq j ampa bergaduh sesama ampa.

Eira tengok yang mana gaduh ka kata ka eira delete. Buat apa nak panjang cita. Kes aku dengan sana, dengan sana, Jadi kalau ampa nak mai perang perang dekat sini dengan orang lain tak payah, tak payah ampa nak gaduh gaduh, that why aku delete, aku block.

Tak suka jangan duk tengok. tak payah cakap sembang pandai, duk cakap dosa aku, dosa sendiri pun tak tertanggung. Jenis aku tak mau cakap banyak sebab tak mau tumpang populariti orang.

Semua up pasai eira sebab nak follower ja. Kes dia bahasa dia tu, yang tu la kes dia la. so xdak apa, so simple. So ampa jangan buat dosa, biaq aku buat dosa sorang, aku jahat sorang. Tapi ampa jangan takut aku tak koyak,dah memang perangai aku camtu.

Apa-apa pun admin berharap semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Apa yang elok kita ambil jadikan tauladan, yang tidak elok kita jadikan sempadan.

Sumber : FBEiraSyazira