--> Skip to main content

Kasut emas Khalid Jamlus akhirnya sah dijual. Pemilik baru bukan calang2

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

Menerusi satu kenyataan dimuatnaik di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda membeli kasut berkenaan pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Di letakkan di galeri

Baginda juga berkenan untuk meletakkan trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada 2002 itu di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah.

Majlis penyerahan ringkas berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Sebelum ini media melaporkan bahawa bekas penyerang kebangsaan itu menjual kasut emas yang dimenangi 18 tahun lalu atas faktor kewangan selepas tiga tahun tiada pekerjaan.

Khalid merangkul anugerah kasut emas selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Selain Kasut Emas, Khalid turut membuat lelongan pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.

Rata-rata peminat tumpang gembira dengan perkembangan ini dan me doakan semoga Khalid terus sukes dalam bidang yang di ceburi

Sebelum Ini Kasut Beharga RM50K

WALAUPUN sudah berpindah milik, bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus mahu terus melupakan barangan kesayangannya dan tidak bercadang mahu membeli kembali walaupun sudah memiliki pekerjaan tetap atau sumber kewangan kukuh nanti.

Hal ini bermakna, pembida kepada pingat, jersi dan trofi Kasut Emas tidak perlu bimbang dan boleh terus menyimpan barangan terbabit selamanya apabila bekas pemain itu 'merelakan' ia berpindah milik.

Khalid berkata, dia mengharapkan pemilik baharu boleh menjaga barangan terbabit dengan cermat kerana cukup sukar diperoleh selain mempunyai nilai tersendiri.

"Rasanya tak (ambil semula Kasut Emas). Kalau terpaksa lelong, saya anggap mungkin tiada rezeki untuk saya simpan. Cuma saya akan pastikan kepada sesiapa yang memilikinya, jagalah ia sebaik mungkin.

"Memang saya takkan ambil balik Kasut Emas itu. Saya akan lupakan terus," katanya.

Sebelum itu, Khalid jelas tidak berganjak dengan keputusannya apabila tetap mahu 'melepaskan' trofi Kasut Emas yang dimenangi bersama Perak, 18 tahun lalu. Sekalipun beroleh keputusan positif menerusi pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Putrajaya kelmarin, bekas pemain berusia 43 tahun itu menegaskan ia tetap perlu dilakukan demi kelangsungan hidupnya.

Bagaimanapun, hala tuju Kasut Emas itu masih menjadi 'misteri' dengan Khalid dilihat cuba menunggu tawaran terbaik untuk anugerah berprestij itu sehingga hujung minggu ini.

"Sudah ada bidaan dari Sabah dan Pantai Timur. Kalau tiada mana-mana pihak yang datang dalam minggu ini, contohnya jika Perak mahu kasut ini untuk buat muzium, ambillah tetapi pada nilai yang sewajarnya.

"Apa sangatlah Kasut Emas itu, buruk tetapi nilainya 18 tahun. Pada 2002, saya terpaksa bersaing dengan import gred A ketika itu. Jadi, terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menilai kasut itu. Kalau tiada, saya hantar ke Sabah," katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami