--> Skip to main content

JKR Sahkan Seorang Staff Positif C0vid 19, Lokasi Serta Perjalanan Individu Tersebut Diberitahu

Kuala Lumpur, 17 Sept – Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan kes terbaharu C0VID 19 melibatkan seorang kakitangannya di ibu pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, kakitangan tersebut telah disahkan positif C0VID19 pada 16 September lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Posting Dari JKR

Susulan itu, JKR melampirkan senarai kontak rapat dan sejarah perjalanan pesakit berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kronologi Kes

"Kontak rapat dalam kalangan kakitangan JKR telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta proses kuarantin di rumah.

"Langkah proaktif telah diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran," tulis JKR.

Sumber : JKR/SK/OM