--> Skip to main content

Jenazah prebet Aziz selamat dikebumi. Ini perkembangan terbaru kes

IPOH – Jenazah Abdul Aziz Aznam yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga kuarters kediamannya di Kem Majidee, Batu Pahat Johor semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan pada jam 2.30 pagi hari ini.

Pengebumian Allahyarham Abdul Aziz, 20, dilaksanakan dengan istiadat ketenteraan disaksikan lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan sejawat yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Ketibaan jenazah dalam suasana pilu diiringi Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batu Pahat, Johor.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di kediaman keluarganya di Bandar Baru Putra, Bercham di sini dengan kereta jenazah Tentera Darat sekitar jam 1.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Upacara pengebumian Allahyarham Abdul Aziz, dilaksanakan dengan penuh istiadat ketenteraan. Upacara pengebumian Allahyarham Abdul Aziz, dilaksanakan dengan penuh istiadat ketenteraan. Sebelum itu, jenazah Abdul Aziz meninggalkan pekarangan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat kira-kira jam 6.30 petang selepas selesai proses bedah siasat.

Ibunya, Rohana Md Husin, 49, yang bertolak mengiringi arwah dari Batu Pahat kelihatan sayu dan menitiskan air mata sepanjang pengebumian.

Anggota tentera membantu menguruskan pengebumian Allahyarham Abdul Aziz. Anggota tentera membantu menguruskan pengebumian Allahyarham Abdul Aziz. Allahyarham Abdul Aziz menghembus nafas terakhir pada jam 2.30 petang, Ahad lalu selepas sembilan hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Perkembangan Terbaru

Siasatan terperinci kini sedang dijalankan oleh pihak polis dan tentera bagi mendapatkan punca sebenar kejadian berikutan terdapat dakwaan mangsa bertindak terjun dari bangunan itu kerana tidak tahan menjadi mangsa buli di kem terbabit.

Hantar adik tak sampai 24 jam

Kami hantar dalam keadaan semp-urna… kami rasa ra-lat kerana tidak sampai 24 jam hantar ke kem jadi macam itu," kata Mohamad Amirulnaim Aznam, abang kepada Allahyarham Abdul Aziz, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang men-inggal dunia selepas dipercayai terj-un dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem di Batu Pahat, Johor, 29 Ogos lalu.

Mohamad Amirulnaim, 23, berkata, dia menghantar adiknya itu ke kem pada 5 petang dan adiknya langsung tidak menunjukkan sebarang peru-bahan.

"Selepas selesai urusan menghantar adik kami terus balik ke Ipoh dan pada 3 pagi kami mendapat panggilan telefon daripada kem memaklumkan pada 12 tengah malam adik jat-uh tingkat tiga bangunan.

"Pada 12 tengah hari keesokan harinya, kami terus bergerak ke sana dan ketika itu adik berada dalam keadaan ko-ma dan kami diberitahu adik mengalami keced-eraan ter-uk pada kepala dan badan," katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Persiaran Hulu Bercham 2, Bandar Baru Putra di sini hari ini.

Adik Lari Kem Awal Tahun, Tinggal Di Kawasan berdekatan

Menurutnya, adik bongsu daripada 10 beradik itu pulang semula ke kem berkenaan dengan rela hati dan tanpa pa-ksa selepas lari dari tugas sekitar awal tahun ini.

"Selepas melari-kan diri dia tidak pulang terus pu-lang tetapi tinggal di kawasan berdekatan rumah dalam tempoh agak lama.

"Sebelum ini kami sebagai keluarga ada mem-ujuk dan mena-sihatinya tetapi, dia pergi serah diri semula ke kem dengan rela hati dan tanpa pa-ksaan daripada kami sekeluarga," katanya sambil memaklumkan arw-ah bapa mereka Aznam Ariffin, 57, yang men-inggal dunia dua tahun lalu juga adalah bekas tentera.

Katanya, mngsa sebelum ini pernah menghubunginya dan mendakwa tidak ta-han berada di kem berkenaan kerana kerap 'dira-gging'.

"Sebelum ini dia pernah bercakap melalui telefon men-angis memberitahu tidak tidak tahan kena bu-li ter-uk, dia cuma cakap hari-hari kena tu-mbuk di da-da," katanya.

Katanya, dia berharap semua pihak yang bertanggungjawab dapat benar-benar menyi-asat pu-nca sebenar kema-tian dan pemer-gian adiknya itu terbela.

Sementara itu, seorang lagi abangnya, Zahrol Hasfaizi Ismail, 38, pihaknya hanya menyerahkan sia-satan kepada pihak berkaitan.

"Kami sendiri tidak merasa keadaan sebenar di sana bagaimana, jadi kami tidak mahu men-uduh sesiapa sebab kita tidak tahu apa yang berlaku kejadian dalam kem

"Ia membabitkan nya-wa, jadi kami berharap pihak berkaitan mengambil ser-ius dan menyi-asat dengan seadil-adilnya supaya kami tahu apa pun-canya," katanya.

Menurutnya, jen-azah yang sudah selesai dibed-ah siasat sejak 10 pagi tadi dihantar ke kem pengurusan m-andi dan dikaf-ankan.

Katanya, jena-zah dijangka tiba selepas Isyak dan akan dikeb-mikan di Tanah Perku-buran Islam Bakar Bata, Tanjung Rambutan.

Sebelum ini, portal MyMetro melaporkan seorang anggota tentera mening-gal dunia selepas dipercayai terj-un dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem tentera pada 29 Ogos lalu.