--> Skip to main content

“Jarang Makan Luar & Tak Berselera”- Anak Dedah Detik Terakhir ‘Pak Andak’

Sharing is caring!

Hari ini, industri hiburan tanah air sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang artis tempatan iaitu Idris Md Diah. Pelakon veteran tersebut menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 pagi tadi dalam kediamannya di Putrajaya dan telah dikebumikan sebelum waktu Zuhur tadi.

BACA: "Rehatlah Abang Di Negara Abadi" -Ogy Luah Sedih Pemergian Idris Md Diah

Memetik laporan Harian Metro, Nur Alia Muliyani tidak menyangka pertanyaan mengenai kad kahwin adalah soalan terakhir daripada bapanya. Wanita berusia 27 tahun itu bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa dan memaklumkan kad itu belum disiapkan lagi.

Kredit Foto: Harian Metro

Menurut anak kedua Allahyarham ini, mereka sekeluarga sering menjaga pemakanan kerana bapanya menghidap masalah kencing manis. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini, seleranya sudah berkurang dan dia juga jarang makan di kedai. Malah, Allahyarham Idris juga tidak mampu mengunyah makanan dengan baik.

Pelakon berusia 61 tahun berkenaan turut dikatakan gemar menonton TV seorang diri sehingga awal pagi dan tidak menunjukkan sebarang tanda perit. Terang Alia, ibunya tersedar apabila mendapati bunyi TV semakin kuat sebelum mendapati Allahyarham dalam keadaan pucat dan tubuhnya yang sejuk.

Sumber: FB Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!