--> Skip to main content

Jacky TV Mula Disukai Ramai Tetapi Ramai Tidak Tahu Kisah Sebenar Jacky Sebelum Dia Jadi Popular

Tagline 'Sedappp .. Stinggg aku yahuuuu" menjadi satu fenomena baru baru ini. Ramai yang tahu bahawa ayat tersebut datang dari seorang insan yang gelar diri beliau sebagai Jacky.

Nama Jacky atau dia lebih suka panggil Jacky TV mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia bermula dari awal Ogos 2020. Beliau muncul di channel Youtube KV Studio.

Gelagat spontan beliau menemuramah rakyat dengan gaya tersendiri memang membuat ramai gelihati kerana cara beliau yang unik.

Warganet Kongsi Kisah Jacky TV Sebelum Popular

Jika sebelum ini Asif dan Yoe Parey menjadi fenomena Youtube di Malaysia kerana kelucuan mereka di dalam video lakonan, kini muncul Jacky TV.

Jacky TV kini bukanlah satu nama yang asing lagi buat netizen Malaysia. Sering tular di laman sosial, Jacky mula popular selepas video "Kirenye Kirenye Kirenye" dan "Saya nak makan kacang ni" tular di laman Twitter.

Meskipun Jacky dilihat sebagai seorang yang istimewa, namun keistimewaan itulah yang membuatkan orang ramai memilih untuk menonton rancangan Jacky TV.

Hal ini secara tidak langsung membuatkan netizen yang pernah mengenali Jacky sebelum ini untuk tampil menceritakan kisahnya sebelum popular.

KISAH SEBELUM JACKY JADI POPULAR

"Orang Kuantan je tahu mana susah Jacky menari dekat TC nak cari duit". Menurut salah satu perkongsian netizen, Jacky sebelum ini sebenarnya sudah dikenali oleh warga Kuantan.

Dia sering dilihat menari di sekitar Teluk Cempedak untuk menghiburkan orang ramai, di samping sebagai jalan untuk mencari rezeki.

Dulu mencari makan dengan menari, sekarang dah bleh pi mana2.. semoga dipermudahkan rezeki pic.twitter.com/VLEZ9KV1RE https://t.co/rTadPDpbdu

— shichibukai (@merepekbanyak) September 9, 2020

Tambah netizen lagi, sebelum popular menjadi hos di Youtube, Jacky sebenarnya pernah berniaga menjual ikan dengan menaiki motosikal di sekitar bandar Kuantan.

Melihatkan keadaan Jacky yang istimewa kerana masalah pembelajaran dan percakapan, usahanya untuk menghiburkan orang ramai dengan menggunakan medium Jacky TV dilihat sebagai sesuatu yang bagus dan perlu disokong.

Nama dia jacky. Org kuantan. OKU pembelajaran dan percakapan. Dulu meniaga ikan naik motor, lepastu menari dekat TC. Skrg baru nampak senang sikit bila ada org ambik dia utk buat video. Alhamdulillah.

— MIL (@Syammilll) September 9, 2020

Video Terbaru Dari Jacky TV

JACKY DAN KACANG

LAYAN LIVE JACKY .. 

Kredit: LobakMerah