--> Skip to main content

Isu Nusyuz Ditarik Balik, Shaarnaz Ahmad & Nabila Ingin Fokus Besarkan Jebat

Sharing is caring!

Pada 9 Julai lalu, pelakon terkenal Shaarnaz Ahmad dan juga ahli perniagaan Noor Nabila telah sah berpisah secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Kemelut rumah tangga mereka pernah mendapat perhatian umum setelah artis lelaki berkenaan memfailkan permohonan nusyuz terhadap si isteri waktu itu.

BACA: [VIDEO] Enggan Berpisah Dengan Nabila, Sharnaaz Minta Maaf Pula Pada Jebat

Terbaru menerusi satu perkongsian video di laman Facebook Era (Malaysia), peguam kepada Noor Nabila telah memaklumkan tuntutan nusyuz yang difailkan telah pun ditarik balik. Persetujuan antara kedua-dua belah pihak juga telah dicapai bersama demi kebaikan anak mereka, Jebat Jayden yang kini sudah berusia dua tahun.

Isu Nusyuz Ditarik Balik, Shaarnaz Ahmad & Nabila Ingin Fokus Besarkan Jebat Kredit Foto: Harian Metro

Menerusi laporan Berita Harian, Shaarnaz juga telah bersetuju untuk memberi nafkah anak sebanyak RM1200 sebulan dan hak penjagaan anak diberikan kepada wanita berkenaan. Walau bagaimanapun, pelakon lelaki tersebut tetap mendapat kebenaran berjumpa anak mereka secara komprehensif selama empat tahun.

Isu Nusyuz Ditarik Balik, Shaarnaz Ahmad & Nabila Ingin Fokus Besarkan Jebat

Sementara itu, kakak kepada Neelofa itu ketika ditemui lega apabila proses itu berakhir dengan baik. Malah kedua-dua mereka sepakat ingin fokus dalam urusan membesarkan anak, Jebat sambil menjaga hubungan sebagai kawan.

Kes Nusyuz Sharnaaz dan Nabila Ditarik Balik, Utamakan Anak

Kes Nusyuz Sharnaaz dan Nabila Ditarik Balik, Utamakan AnakAlhamdulillah. Semuanya berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan. Doakan yang terbaik buat @sharnaazahmad dan @noornabila. Untuk video penuh korang boleh tengok di Instagram @wilayahku.com.my #sharERA.Kredit video @wilayahku.com.my

Posted by ERA (Malaysia) on Wednesday, September 16, 2020

Isu Nusyuz Ditarik Balik, Shaarnaz Ahmad & Nabila Ingin Fokus Besarkan Jebat

Sumber: Facebook Era & Berita Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!