--> Skip to main content

Isu Influencer Tak Boleh Buat Live Dekat Restoran, Sekali Akak Anju Muncul Dengan Kenyataan Ini

Belum habis lagi kisah tentang seorang influencer/founder produk bernama Eira Aziera dengan Restoren 35.

Video yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini mengundang pelbagai komen dari orang ramai dan terkini zarina anjoulie pula tampil.

Beliau dilihat memuat naik satu video di instagram tentang isu influencer dan Restoran 35.

Anju berkata kenapa mesti dia (Eira Aziera) buat review di restoren.

'Kenapa yang kaki viral viral ini kebanyakkannya founder produk, instafamous, influencer?'

Anju beritahu bahawa Eira adalah 'low class malay'. Sekiranya restoren tidak minta buat review atau tidak beri kebenaran janganlah kita buat review.

Zarina Anjoulie mengaku dia sendiri mulut pedas tetapi mestilah tahu adab. Pernah nampak selebriti lain seperti Neelofa atau Dato Siti Nurhaliza buat review begitu? Anju beritahu mereka yang terlibat dalam media seperti instafamous dan influencer memang akan mencari peluang untuk fame (tular) walaupun sekejap.

Zarina juga buat rujukan tentang isu tular seorang founder produk kecantikkan yang memaki pengawal keselamatan hanya kerana diminta memakai topeng muka (facemask).

Jadi siapa salah sebenarnya? Jika anda mengikuti kisah tular ini, ramai yang mengatakan dua dua salah dan dua dua tiada kesabaran dan kurang adab.

Jadi kisah ini sebagai ikhtibar untuk kita lebih menjaga pertuturan. Tidak kira dari negeri mana anda datang, perkara adab ini tiada kena mengena dengan negeri dan ianya atas diri sendiri sahaja.

Sumber : AwatSyeikhhNetwork/InstagramZarinaAnjoulie