--> Skip to main content

Isteri Kngsi Keadaan Terkini Fedtri Yahya, Ini Komen Mira Filzah

Kuala Lumpur: Personaliti TV3, pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya, 39, ced3ra di muka selepas terjatuh dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Fedtri yang kini diraw4t di pusat perub4tan di Petaling Jaya baru selesai membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk Malaysia Hari Ini (MHI) mengalami keced3raan di bibir, kening, dagu dan rahang.

Isterinya, Anati Ismail ketika dihubungi berkata, Fedtri yang juga penulis lirik lagu Basyirah itu bernasib baik kerana tidak mengalami keced3raan serius pada anggota badan lain.

"Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembed4han semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijah1it kerana tulang rahang pat4h dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.

"Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Anati, suaminya jatuh tersemb4m menyebabkan bahagian muka mengalami keced3raan.

"Saya difahamkan suami pakai topi keledar, cuma dia jatuh tersembam. Ketika bangun, dia tak rasa apa-apa, tapi dia pelik apabila orang terkejut melihat mukanya yang berdar4h.

"Jadi, selepas dibawa ke hospital, doktor sarankan untuk buat pembed4han untuk betulkan tulang rahang yang patah," katanya.

          View this post on Instagram                  

Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. Banyak kecederaan di muka – semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. 🤲

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on Sep 16, 2020 at 12:47pm PDT

KOMEN MIRA FILZAH :

Allahuakbar. Semoga cpt sembuh. 🤲🏻

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Harian Metro