--> Skip to main content

Innallilah, Suami Tidak Dapat Menahan Airmata Bila Lihat Isteri Sudah Tiada

Kulim: Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya terbaring di atas jalan dan dipercayai mening-gal dunia selepas digi-lis sebuah treler dalam kema-langan di Jalan Sungai Ular di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, Ahmad Norrizman Ahmad Termizi, 20-an yang juga orang kurang upaya (O K U) bisu itu tidak dapat menahan tangisan di sisi ja-sad isterinya, Nur Almass Zasmi, 23, yang juga bisu.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh bulan.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kema-langan pada 1.20 tengah hari membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah treler.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah Serdang ke Sungai Ular manakala lori pula dari arah bertentangan.

"Setibanya di lokasi, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke bawah treler.

"Berikutan itu, mangsa digi-lis tayar di bahagian belakang treler berkenaan," katanya.

Azhar berkata, kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal itu ma-ut di tempat kejadian.

Katanya, ma-yat mang-sa dibawa Unit Fore-nsik Hospital Kulim untuk proses be-dah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya

Sumber: Hmetro Online