--> Skip to main content

Influencer Kena Halau, Anak Pengusaha Restoran Tampil Beri Penjelasan

KECOH di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular.

Menerusi sebuah video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang wanita tersebut daripada mempromosikan produk kecantikan di premis mereka.

"Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," kedengaran suara seorang wanita sebelum usahawan tersebut mengambil keputusan beredar dari restoran berkenaan.

Bercakap kepada mStar, usahawan yang lebih dikenali sebagai Eira Aziera itu berkata, insiden berlaku di sebuah restoran di Bandar Hilir, Melaka di lokasi tumpuan pelancong, pada Selasa lalu.

Usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.

"Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu.

Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.

"Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan menengking saya dari jauh," katanya kepada mStar.

Eira berkata, tindakannya meninggalkan premis berkenaan kerana rasa malu yang teramat kerana ia turut disaksikan rakan-rakannya dan pelanggan lain.

"Masa tu, ada lebih 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya ditengking oleh pakcik dan makcik tu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.

"Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk," ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Ibu seorang anak itu juga menjelaskan bahawa dia sepatutnya membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung sambil menikmati makanan.

"Tapi masa tu makanan yang dipesan mereka belum sampai lagi. Kebiasaannya saya akan makan masa reviu di kedai sebab tempat awam. Sambil makan tu secara tidak langsung mempromosikan restoran tanpa bayaran.

"Ikutkan kalau saya buat reviu makanan di kedai, orang sanggup bayar RM2,000 untuk reviu setengah jam. Tapi saya buat percuma, kena maki pula.

"Kalau tak boleh buat reviu ke apa ke, pemilik kedai tu sepatutnya letak pelekat atau papan tanda siap-siap supaya pelanggan tahu.

"Dan mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal customer is always right tetapi ada adab untuk menegur, kalau tak datang sendiri tegur boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur," katanya.

Sementara itu, anak kepada pengusaha restoran berkenaan ketika dihubungi mStar mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.

"Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.

"Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada tengking dengan kata-kata kesat atau baling keluar produk mereka.

"Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan, jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk," tambahnya.

Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan video yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.

"Kami tak suka cari masalah, tak suka cari publisiti. Dia nak buat reviu itu hak dia. Tapi janganlah viralkan video tu sehingga melingkupkan bisnes orang lain.

"Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan," katanya sambil menambah sejak insiden menjadi tular, mereka dihujani panggilan dan mesej dengan kata-kata kesat daripada individu tidak dikenali.

Tu dia, Restoran 35 Melaka, sombong betoi ownernya…Apa salah tegur elok2 dekat2…

Posted by Makan.Today on Tuesday, September 8, 2020

Berikut reaksi dari netizan

"Aku pantang orang tegoq tak beradab. Walaupun aku salah. Kalau tegoq elok2, aku ok ja, walau aku betui. Kalau tahap ni, memang cari gaduh, kalau mood tak elok tak pikiaq apa dah. Dia rasa kedai dia memang pelanggan sentiasa ada. Paling teruk dulu aku pernah kena dekat Senawang. Ni Melaka pulak. Teruk negeri hampa.

"Org melaka mmg bahasa kasar..saya pun org melaka..tpi kes akk ni dah bukan kena mengena dgn bahasa org melaka..mmg mak cik tu mulut puaka..alahai..org mai bawak rezeki mak cik oii..esok confirm kedai mak cik xda org dah..customer yg rajin buat live ni la kadang2 menjdi asbab kedai kita boleh terkenal dan ramai org datang..tpi sayangnya mulut mak cik xreti jaga..tolak rezeki

"Jgn suka viral kan kedai org sat lagi hampa pula yg allah laknatkan. Dia tak bagi tak apa kita duk cari kedai yg lain. Kalau hampa buat lagu ni hampa pun sama mcm tukang kedai tu. Hati busuk no

"haritu aku nak makan sini, sebab tengok macam okay je lagipun ada tempat kosong. aku fikir boleh duduk cepat sebab adik ipar tengah sarat masa tu, sekali dok marah marah customer tu aku dah macam 50 50 lagi. aku tercongok 10 minit tunggu dorang angkat pinggan kotor, aku tegur dia marah marah padahal aku cakap dik tolong kemas. dia melenting terus pergi makan dekat asam pedas jr