--> Skip to main content

Hanya Mampu Menangis, Adik Syukor Kehilangan Lebih 25 Ekor Kerbau Dalam 1 Malam

Sharing is caring!

Hubungan antara manusia dan haiwan kadang-kadang boleh menjadi sangat bermakna seperti kisah Syukor Kamis yang juga dikenali sebagai 'Mowgli Malaysi'. Terbaru namanya tular kembali setelah sekeping gambarnya bersama kerbau peliharaan telah terpilih untuk memenangi Imej Asia 2020 oleh Asian Geographic.

BACA: Tak Pernah Jumpa Budak Kawan Dengan 80 Kerbau Jurufoto Buka Kisah Kampung Boy

Hanya Mampu Menangis, Adik Syukor Kehilangan Lebih 25 Ekor Kerbau Dalam 1 Malam Kredit Foto: Yusuf Bin Madi

Walau bagaimanapun, seisi keluarga kanak-kanak berkenaan berduka cita apabila mendapati lebih 25 ekor kerbau peliharaan mereka ditemui tidak bernyawa. Difahamkan, kandang kerbau yang terletak di Kampung Banggol Katong, Terengganu itu boleh memuatkan hampir 80 ekor haiwan tersebut.

Hanya Mampu Menangis, Adik Syukor Kehilangan Lebih 25 Ekor Kerbau Dalam 1 Malam

Hanya Mampu Menangis, Adik Syukor Kehilangan Lebih 25 Ekor Kerbau Dalam 1 Malam Kredit Foto: Dallah Deen Photography

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook milik kanak-kanak berkenaan, siasatan awal mendapati berkemungkinan kejadian tersebut berpunca akibat jangkitan wabak. Walau bagaimanapun, mereka kini sedang berusaha untuk melupuskan bangkai haiwan berkenaan bagi mengelakkan jangkitan itu merebak.

Hanya Mampu Menangis, Adik Syukor Kehilangan Lebih 25 Ekor Kerbau Dalam 1 Malam Kredit Foto: Dallah Deen Photography

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga adik Syukor. Malah, mereka turut tidak melepaskan peluang untuk menitipkan doa serta memberi kata-kata semangat kepada kanak-kanak berkenaan.

Hanya Mampu Menangis, Adik Syukor Kehilangan Lebih 25 Ekor Kerbau Dalam 1 Malam

Hanya Mampu Menangis, Adik Syukor Kehilangan Lebih 25 Ekor Kerbau Dalam 1 Malam

Hanya Mampu Menangis, Adik Syukor Kehilangan Lebih 25 Ekor Kerbau Dalam 1 Malam

Sumber: Facebook Dallah Deen Photography & Syukor Kamis-Kampung Boy

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!