--> Skip to main content

“Hantar adik tdk ampai 24 jam ke kem, sekali jadi mcm ni” luahan hati abang buat ramai sayu

Ipoh: "Kami hantar dalam keadaan sempurna… kami rasa ralat kerana tidak sampai 24 jam hantar ke kem jadi macam itu," kata Mohamad Amirulnaim Aznam, abang kepada Allahyarham Abdul Aziz, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang men-inggal dunia selepas dipercayai terj-un dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem di Batu Pahat, Johor, 29 Ogos lalu.

Mohamad Amirulnaim, 23, berkata, dia menghantar adiknya itu ke kem pada 5 petang dan adiknya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Selepas selesai urusan menghantar adik kami terus balik ke Ipoh dan pada 3 pagi kami mendapat panggilan telefon daripada kem memaklumkan pada 12 tengah malam adik jatuh tingkat tiga bangunan.

"Pada 12 tengah hari keesokan harinya, kami terus bergerak ke sana dan ketika itu adik berada dalam keadaan ko-ma dan kami diberitahu adik mengalami kecederaan teruk pada kepala dan badan," katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Persiaran Hulu Bercham 2, Bandar Baru Putra di sini hari ini.

Menurutnya, adik bongsu daripada 10 beradik itu pulang semula ke kem berkenaan dengan rela hati dan tanpa paksa selepas lari dari tugas sekitar awal tahun ini.

"Selepas melarikan diri dia tidak pulang terus pulang tetapi tinggal di kawasan berdekatan rumah dalam tempoh agak lama.

"Sebelum ini kami sebagai keluarga ada memujuk dan menasihatinya tetapi, dia pergi serah diri semula ke kem dengan rela hati dan tanpa paksaan daripada kami sekeluarga," katanya sambil memaklumkan arwah bapa mereka Aznam Ariffin, 57, yang men-inggal dunia dua tahun lalu juga adalah bekas tentera.

Katanya, mngsa sebelum ini pernah menghubunginya dan mendakwa tidak tahan berada di kem berkenaan kerana kerap 'diragging'.

"Sebelum ini dia pernah bercakap melalui telefon menangis memberitahu tidak tidak tahan kena buli teruk, dia cuma cakap hari-hari kena tumbuk di dada," katanya.

Katanya, dia berharap semua pihak yang bertanggungjawab dapat benar-benar menyiasat punca sebenar kematian dan pemergian adiknya itu terbela.

Sementara itu, seorang lagi abangnya, Zahrol Hasfaizi Ismail, 38, pihaknya hanya menyerahkan siasatan kepada pihak berkaitan.

"Kami sendiri tidak merasa keadaan sebenar di sana bagaimana, jadi kami tidak mahu menuduh sesiapa sebab kita tidak tahu apa yang berlaku kejadian dalam kem

"Ia membabitkan nyawa, jadi kami berharap pihak berkaitan mengambil serius dan menyiasat dengan seadil-adilnya supaya kami tahu apa puncanya," katanya.

Menurutnya, jenazah yang sudah selesai dibedah siasat sejak 10 pagi tadi dihantar ke kem pengurusan mandi dan dikafankan.

Katanya, jenazah dijangka tiba selepas Isyak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakar Bata, Tanjung Rambutan.

Sebelum ini, portal MyMetro melaporkan seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem tentera pada 29 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai dilaporkan berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Sebelum ini medi amelaporkan Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Allahyarham Abdul Aziz Aznam dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan kediaman di kem tentera di Batu Pahat, Johor.

Susulan daripada insiden itu, ahli keluarga Allahyarham berharap agar pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara adil dan telus.

Berhasrat nak tamat perkhidmatan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, abang Allahyarham iaitu Mohamd Amirulnaim Aznam memaklumkan bahawa mereka kini menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa selain mengharapkan kematian adiknya itu akan terbela.

Menceritakan kisah itu, menurut Amirulnaim, sebelum ini adik bongsunya yang telah menjalani latihan pada 2018 lalu pernah mengadu tidak tahan dibuli di kem sehingga pernah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatannya. Tetapi keputusannya itu kurang dipersetujui oleh ahli keluarga malah mereka menganggap ianya perkara biasa selain meminta Allahyarham untuk terus bertahan. Tetapi lama-kelamaan, mereka akhirnya akur dengan keputusan Allahyarham.

Saya perasan sejak Disember tahun lepas, dia selalu cakap tak tahan duduk sana, hari-hari kena, tapi kami anggap itu perkara biasa, sehinggalah arwah ambil keputusan untuk pulang ke rumah dan duduk di sini selama lebih enam bulan.

Sepanjang tempoh dia di rumah, dia nampak betul-betul ceria, tolong mak dan adik beradik lain buat kerja, jadi bila dia beritahu sekali lagi yang dia nak berhenti, kami tak sampai hati dan bersetuju dengan keputusannya itu.

Pulang dalam keadaan tidak terurus

Berita Harian turut melaporkan, Allahyarham pernah mengadu pipinya digosok dengan berus besi dan sering kali ditumbuk. Difahamkan juga, Allahyarham telah pulang ke rumah sekitar Januari lalu dalam keadaan yang tidak terurus selain terdapat parut pada wajahnya.

Parut luka berkenaan dipercayai akibat digosok dengan berus besi dan mangsa didakwa sering kali ditumbuk ketika berada di kem. Arwah lari dari kem sebab tak tahan kena 'ragging' dan dia balik ke kampung dengan keadaan yang tidak terurus.

Arwah ada menunjukkan gambar yang diambilnya terdapat kesan lebam-lebam lama di keseluruhan bahagian badan dan dia menyatakan tidak tahan kerana diperlakukan begitu.

Keluarga kini redha

Oleh hal yang demikian, Amirulnaim dan ibunya telah menghantar Allahyarham pulang ke kem pada 28 Ogos lalu untuk tujuan melapor diri dan menguruskan urusan menamatkan perkhidmatannya tetapi siapa sangka tidak sampai 24 jam, mereka telah menerima panggilan mengenai insiden cemas tersebut. Mereka kemudian bergegas ke hospital dan pada ketika itu Allahyarham sudah tidak sedarkan diri.

Lebih meruntun hati apabila sebelum melaporkan diri, Allahyarham telah menyimpan motosikalnya di dalam bilik seolah-olah tahu dia akan 'pergi' buat selama-lamanya. Amirulnaim mengakui mereka sekeluarga kini redha dengan pemergian adik bongsunya itu.

Kami reda dengan kejadian ini, namun sedikit terkilan kerana kami hantar dia dalam keadaan yang sihat, tetapi pulang dengan keadaan begini pula.

Selepas 9 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI, Allahyarham disahkan meninggal dunia. Jenazah Allahyarham kini dalam proses dibedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan, malam ini.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian