--> Skip to main content

Hamilton sambar petak depan GP Itali

MONZA, Itali: Lewis Hamilton meraih petak depan dengan rekod baharu sepusingan di Monza dalam saingan Grand Prix Itali, sebentar tadi .

Valtteri Bottas kedua dalam sesi kelayakan itu dengan sekali lagi dua pemandu Mercedes berada di barisan depan.

Pemandu McLaren, Carlos Sainz mencatat masa ketiga terpantas dan dia disertai di barisan kedua oleh Sergio Perez dari Racing Point.

Sesi berkenaan nyata hambar buat Ferrari dengan Sebastian Vettel terkeluar daripada Q1 dan Charles Leclerc pada Q2. - AFP