--> Skip to main content

“Habislah Buat Adik Macam Doll” – Fasha Sandha Tak Keruan Lihat Gelagat Raysha

Sharing is caring!

Selepas dua kali mengalami keguguran, selebriti terkenal Fasha Sandha dan Aidil Aziz akhirnya berkongsi berita gembira kelahiran anak sulung mereka pada Ogos lalu. Kehadiran bayi perempuan yang dinamakan sebagai Aisha Amaira itu ternyata memberikan sinar gembira dalam keluarga mereka. Paling teruja dengan adanya si cilik itu semestinya Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

BACA: Pernah Dua Kali Keguguran, Fasha Sandha Umum Bakal Timang Anak Perempuan

Baru-baru ini menerusi posting di Instagram, Fasha Sandha berkongsi sebuah video gelagat Raysha dengan Aisha Amaira. Namun, pelakon filem 'Bujang Senang' tersebut mula berasa tak senang duduk apabila melihat kanak-kanak perempuan berkenaan cuba hendak mendukung adiknya. Ibarat sedang bermain dengan anak patung, dia juga sempat mengucup bayi itu bertalu-talu sebelum meletakkan semula di atas pangkuan ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan Aisha Amaira dan mengatakan wajahnya seiras dengan Aidil Aziz. Namun, mereka juga meminta agar Fasha Sandha sentiasa memantau tindakan kanak-kanak itu kerana dikhuatiri berlaku kejadian yang tidak diingini. Secara keseluruhan, paparan video tersebut telah berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Sumber: Instagram fashasandha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!