--> Skip to main content

Griezmann bakal jadi korban

LONDON: Manchester United, Arsenal dan Liverpool kini bersedia mengenai kemungkinan mendapatkan penyerang bernilai £108 juta, Antoine Griezmann.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu boleh menjadi mangsa terbaharu selepas Lionel Messi membuat pusingan U.

Messi hampir meninggalkan Barca dan menyertai Manchester City musim panas ini tetapi selepas perbincangan, kelab mengambil keputusan menghabiskan baki kontraknya setahun lagi.

Dan ia bermakna Griezmann boleh dijual, hanya selepas setahun perpindahan mahal daripada pencabar La Liga, Atletico Madrid.

Pasangan itu bergelut untuk mencipta keserasian musim lalu.

Dan bos baharu Barca, Ronald Koeman sudah melihat kemungkinan mendapatkan rakan senegara yang juga penyerang Lyon, Memphis Depay.

Griezmann sebelum ini meminta Messi kekal di Barcelona.

Namun sebaliknya ada perancangan untuk menjual bintang Perancis itu bagi mencetuskan kembali serangan berbisa Barca yang gagal menyerlah musim lalu. - Agensi