--> Skip to main content

Genap usia 25 tahun, Tengku Hassanal terima ucapan Selamat Hari Keputeraan

Hari ini merupakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-25 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Oleh hal yag demikian, menerusi Instagram rasmi Malaysia Royal Family, warganet telah mulai membanjiri ucapan tersebut dengan mendoakan kesejahteraan KDYMM Tengku Hassanal.

View this post on Instagram

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-25 pada hari ini. Patik mendoakan agar Allah S.W.T mengurniakan kesihatan yang baik kepada Baginda dan sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T serta bahagia di dunia dan akhirat.

A post shared by Malaysiaroyalfamily 🇲🇾 (@malaysia.royalfamily) on Sep 16, 2020 at 10:27am PDT

Sangat disenangi rakyat

Baginda yang amat disayangi rakyat Pahang sememangnya merupakan seorang yang sangat prihatin kepada masyarakat sama seperti KDYMM Baginda Agong.

Tengku Hassanal merupakan Tengku Mahkota Pahang merangkap Pemangku Raja Pahang selepas KDYMM Al-Sultan Abdullah bertakhta sebagai YDP Agong pada 2019.

Selamat hari keputeraan Tuanku

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan buat Tengku Hassanal.

Mereka juga mendoakan agar Pemangku Raja Pahang itu terus diberi kesihatan yang baik dan berada dalam keadaan sejahtera di bawah lindungan Allah S.W.T

Dirgahayu Tuanku!

Semoga Tuanku sentiasa dipermudahkan urusan

Kenali Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Tengku Hassanal warisi sifat keprihatinan ayahanda, nenda

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan Pemangku Raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar. Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu. Pada Mei 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Baginda kini tamat ditauliahkan sebagai pegawai tentera di Royal Military Academy Sandhurst. Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Regent of Pahang will finishing one year course in Royal Military Academy Sandhurst on 13 December 2019 and Tengku Hassanal Shah diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang (ayahanda) dan Johor (bonda). Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Pahang Moden ke-5, Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Dari sebelah bondanya pula baginda merupakan cucunda kepada Sultan Johor Moden ke-4, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom. Tengku Hassanal juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Tengku Hassanal mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan. Adinda lelaki ialah Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah dan Tengku Ahmad Ismail Muad'zam Shah. Adinda perempuan pula ialah Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah. Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pahang Regent's appreciation of Covid-19 frontliners | Merdeka Center Tengku Hassanal merupakan pewaris takhta kesultanan Pahang Darul Makmur. Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa pada 18 Jun 2018. Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.

Sumber: Malaysia Royal Family, OMM, lensapekan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.