--> Skip to main content

Gatal Try Masukkan Kepala Dalam Besi, Apa Yang Jadi Buat Pemuda Ini Nak Nangis

Sharing is caring!

Bercakap pasal kanak-kanak, mereka sememangnya penuh dengan rasa ingin tahu yang tinggi. Pantang berada di kawasan terbuka, ada sahaja 'kerja' yang mahu dibuat. Namun siapa sangka, orang dewasa pun tidak terkecuali daripada sikap sedemikian rupa. Meskipun sudah mampu menjangka apa yang bakal terjadi, tindakan seorang pemuda untuk cuba masuk ke dalam lingkaran besi di halaman rumah ternyata mengundang padah.

BACA : Astaga Afifah..- Kecewa Sampai Bergayut Jambatan, Parodi Sinetron Lawak Habis

Membuat percubaan itu dengan niat untuk berseronok, dia mula memasukkan kepala ke dalam besi meletakkan pasu bunga berbentuk bulat. Sambil dirakam seorang lagi gadis yang merupakan adik beradiknya, mereka berdua sempat ketawa gembira lagi-lagi apabila semua bahagian kepala berjaya dimasukkan sehingga ke leher. Namun malang sekali, keterujaan bertukar cemas setelah pemuda berkenaan tersangkut ketika mahu melepaskan diri. Rakaman ini bertambah lucu dengan kehadiran si ibu yang juga bingung melayan kerenah anak lelakinya itu.

@d.noisyy

Yaallah selama ngedit ga berenti ngakak ada ada ajaa kelakuan nya😭🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – Ikram Afro – Ikram Afro

Dengan penuh kesukaran, bermacam-macam posisi cuba dibuat namun semua usaha gagal. Sempat membuat reaksi wajah yang sedikit cuak, dia lega akhirnya mampu keluar daripada lingkaran itu sebelum moment tersebut ditamatkan dengan gelak ketawa. Memperolehi jumlah tontonan yang cukup tinggi, netizen mengakui sangat terhibur dengan dua beradik tadi. Ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman sama.

@d.noisyy

Balas @hanyakentankbiasa1 udah ya ini part 2 nyaaaaa😭🤣

♬ original sound – ✨🖤🧚🏻‍♀️ – ✨🖤🧚🏻‍♀️

Gatal Try Masukkan Kepala Dalam Besi, Apa Yang Jadi Buat Pemuda Ini Nak Nangis

Gatal Try Masukkan Kepala Dalam Besi, Apa Yang Jadi Buat Pemuda Ini Nak Nangis

Gatal Try Masukkan Kepala Dalam Besi, Apa Yang Jadi Buat Pemuda Ini Nak Nangis

Sumber : TikTok d.noissy

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!