--> Skip to main content

Gara-Gara Perangai Tak Senonoh Dulu, Aliff Aziz Dipenjara 2 Minggu Dan Didenda

Sharing is caring!

Lebih kurang setahun yang lalu, nama Aliff Aziz pernah menjadi bualan ramai selepas satu rakaman videonya dengan beberapa anggota polis telah menjadi tular di media sosial. Penyanyi kelahiran Singapura tersebut telah ditahan kerana didakwa menganggu ketenteraman awam di samping pengambilan minuman keras.

BACA: Upload Foto Mesra Bersama, Bella Astillah & Aliff Aziz Disangka Sudah Rujuk?

Terbaru menerusi laporan mStar, penyanyi dan pelakon tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda $500 (RM1500) hari ini selepas didapati bersalah mencuri dan juga berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Artis berusia 29 tahun berkenaan telah mengaku bersalah sewaktu pertuduhan itu dibacakan 7 Ogos lalu di Mahkamah Negara Singapura.

Gara-Gara Perangai Tak Senonoh Dulu, Aliff Aziz Dipenjara 2 Minggu Dan Didenda

Aliff telah didakwa mencuri sejumlah wang bernilai S $300 (RM915) dan  sejuta rupiah (RM285) milik seorang selebriti Indonesia. Suami kepada penyanyi, Bella Astillah itu mengaku mencuri duit tersebut kerana ketiadaan wang bagi membeli makanan dan juga membayar pengangkutan.

Gara-Gara Perangai Tak Senonoh Dulu, Aliff Aziz Dipenjara 2 Minggu Dan Didenda

Pelantun lagu 'Sayang Sayang Sayang' itu baru sahaja menimang cahaya mata kedua bersama isterinya pada Julai lepas yang diberi nama Ara Adreanna. Kedua-dua suami isteri tersebut sering menjadi sebutan tahun lalu selepas mereka rujuk kembali sewaktu masih dalam edah.

Gara-Gara Perangai Tak Senonoh Dulu, Aliff Aziz Dipenjara 2 Minggu Dan Didenda

Sumber: Facebook mStar 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!